Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi coach Ainul diberi kesempatan untuk menjadi Team Leader bagi kawasan Taiping bagi sesi JK1M 10. Saya merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang fisioterapi. Sekarang berkhidmat sebagai pengajar di salah sebuah IPT di Malaysia.

Saya tahu ramai yang mengalami masalah berat badan dalam pada kita sibuk dengan kerja seharian. Tiada masa, makanan tidak seimbang dan tekanan merupakan faktor utama yang menyebabkan berat badan meningkat secara tidak terkawal. Saya juga seperti anda pernah mengalami masalah berat badan berlebihan. Hampir 2 tahun saya membiarkan diri saya dalam keadaan sedemikian. Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan tidak seimbang serta terlalu malas untuk bersenam menyebabkan berat badan saya naik mendadak. Bayangkan dengan ketinggian cuma 150cm tapi berat anda mencecah 60kg.

Jadi apa turning point yang membuatkan saya berubah? Semuanya bermula dengan diri anda. Ya kesedaran dalam diri saya sendiri. Apabila saya mendapati semuanya menjadi semakin sukar untuk dilakukan. Cepat penat bila menaiki tangga atau berjalan jauh, dan yang paling stress adalah banyak pakaian yang dah tak muat. Jadi 1 hari saya beritahu diri saya supaya saya perlu mengubah cara hidup saya daripada sedentary lifestyle kepada healthy lifestyle. Untuk bermula tidak sukar tapi untuk konsisten itu yang mencabar, jadi bagi memastikan saya konsisten saya mendaftarkan diri saya untuk aktivit larian setiap bulan. Pada mulanya untuk menamatkan 5km pun terasa sangat sukar. Jadi untuk terus berlari saya harus teruskan latihan dan kawal pemakanan. Disebabkan motivasi itu saya berjaya menurunkan 10kg dalam masa 10 bulan tanpa bantuan fat burner atau produk kurus lain, saya juga tidak mengamalkan diet yang terlampau ketat. Kini saya tidak mempunyai masalah untuk menghabiskan larian 21km dan berat badan saya sentiasa konsisten.

Sebagai seorang ahli fisioterapi, saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang senaman dan juga rehabilitasi (pemulihan selepas kecederaan). Jadi saya dapat merangka pelan senaman yang bersesuaian dengan anda berdasarkan masalah anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai masalah sakit sendi seperti arthritis atau sakit belakang terdapat beberapa senaman high impact yang tidak sesuai dengan anda, jadi pergerakan modifikasi adalah pilihan yang lebih sesuai. Selain itu, saya juga akan memastikan bahawa postur anda semasa senaman adalah betul bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

Jadi adakah anda mempunyai masalah berikut :

  1. berat badan berlebihan
  2. sakit sendi seperti sakit lutut atau belakang
  3. tidak tahu senaman atau makanan apa yang sesuai dengan anda
  4. sudah bersenam dan berdiet tetapi masih tidak berkesan

Saya bersedia membantu anda bagi mendapatkan berat badan yang ideal dan menjalani aktiviti seharian yang lebih sihat.

Jangan rasa malu, rendah diri atau kurang keyakinan jika ingin berubah, nothing is too late. Saya dan rakan- rakan lain sentiasa bersedia bagi membantu anda. Anda adalah adiwira bagi diri anda dan orang orang yang rapat dengan anda.

#ZeroToHero

Q Saya kurang keyakinan dan malu untuk menyertai program kerana tiada kawan.

Jangan risau, dengan menyertai program ini anda akan mendapat ramai kenalan baru yang mempunyai masalah yang sama seperti anda. Saya bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat yang anda inginkan.

Q Adakah hari, masa dan aktivit adalah tetap?

Masa dan hari adalah cadangan program sahaja. Sebarang perubahan boleh dibincang bersama peserta- peserta lain.

Q Saya berminat, bagaimana untuk mendaftar.

Untuk mendaftar boleh layari laman web jk1m9.com atau hubungi saya melalui whatsapp di 013-2579459

Q Selain workout, adakah bimbingan pemakanan dan gaya hidup juga diberikan?

Ya, saya akan sediakan bimbingan pemakanan sihat, aktiviti - aktiviti yang bersesuaian untuk gaya hidup sihat dan nasihat untuk recovery selepas senaman.

Q Bilakah aktiviti senaman akan dijalankan

Aktiviti akan dijalankan 2 kali seminggu iaitu setiap pagi Sabtu dan Ahad. Walaubagaimanapun masa aktiviti adalah bergantung pada aktiviti yang bakal dijalankan.

7 Reviews for Ainul Syafikha

julianashaibun7

1 Reviews

Great Coach !!

5/ 5

Alhamdulillah, done 6 weeks training JK1M9 dengan beliau. InsyaAllah, akan continue lg untuk JK1M10. JK1M lepas berjaya loss 8.1 kg in 6weeks hasil tunjuk ajar, bimbingan dari TL Ainul. very supportive, layan je perangai sorang2…hehe. Very recommended !! 🙂

Was this review ...?

jaremy0523

1 Reviews

helpful and recommended TL

4/ 5

moh orang taiping pakat join JK1M musim ke 10 ni bersama TL Ainul. Sangat membantu dan berpengalaman. Beliau jugak tak pernah penat layan ktorang yg macam2 ni. selalu je bagi semangat. terbaik sngat. very recommended.

Was this review ...?

ahmad0385556

1 Reviews

Team Leader Yang Anda Mahukan

5/ 5

3 words for coach Ainul….Helpful, chearish, committed.. Such a great TL… most recommended… 👍🏻👍🏻👍🏻

Was this review ...?

caen_shahrin

2 Reviews

very helpful and kind TL

5/ 5

warga taiping jangan lepaskan peluang untuk berguru dengan TL ainul..kerana beliau mempunyai kemahiran yang hebat tentang training plan..tanpa training program yang betul..kita takkan dapat result yg baik..percaya lah…

Was this review ...?

norjumawatisabran48

2 Reviews

Physiotherapist yang berpengalaman

5/ 5

Ayuh!! warga taiping. Seorng TL yang berpengalaman dalam bidang fisioterapi. Satu bonus utk peserta yang menyertai program under coach Ainul 🖒

Was this review ...?

syiedazim86

13 Reviews

Wowww physioteraphy

5/ 5

Terbaikk cik ainul, ada keistimewaan khasnya fisioterapy.. Serta mempunyai pemgalaman dr diri sndiri yg obesity satu ketika dulu.. Boleh berkongsi juga pengalaman pd peserta2 beliau dan kini telah transform dirinya menjadi seorang yg bergiat aktif dan sihat.. Fisioterapy course adalah satu bonus kepada bakal2 peserta anda.. Tahniah tl taiping!!!

Was this review ...?

azizuladdhar11

4 Reviews

Coach yg terbaik

4/ 5

Ok guys. If korang nak join senaman ni sila lah register dengan coach ni. Beliau ni lecturer physio kat UniKL. So ble lah ajar korang pasal muscle semua n ajo korang mcm mana exercise yang terbaik. So dont wait hah.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Aquarobic
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:HIIT, Kelas masakan sihat
  • Activity Minggu 1:Introduction
  • Aktiviti Minggu 5:Games and dodgeball
  • Aktiviti Minggu 3:Seminar bersama Coach Kevin
  • Additional Program Notes:Hiking, fun run
  • Aktiviti Minggu 6:Final workout, timbangan akhir