Checkout Aizat Razak & START-LAH Kurus Trainers Watch Video

Saya pernah berat sebanyak 220kg dan Khairun pernah berat sebanyak 100kg. Jadi untuk edisi Jom Kurus 10, kami mahu fokus buat mereka yang berat 90kg ke atas bagi wanita dan 100kg ke atas bagi lelaki.

.

Jadi adakah anda yang kami mahu bantu?
.
.
[+] Dikendalikan sendiri oleh ikon JK1M, Coach Aizat Razak. Beliau sendiri ada sejarah membanggakan dan telah banyak bantu org ramai utk tampil lebih sihat.
.
[+] 1 modul ekslusif yang terbaharu bakal diajar oleh Coach Aizat:
iaitu ‘Kurus dengan Kuasai Minda’
.
[+] 4 modul ekslusif bakal diajar oleh Coach Aizat:
– Goal setting
– Diet kecil-kecil cili padi
– Healthy groceries shopping
– Healthy meal preparation
.
[+] Coach Aizat akan pantau pemakanan setiap peserta pada SETIAP HARI TANPA CULAS. Ingat, nak kûruss, 70% bergantung pada gaya pemakanan tau. 30% je pada senaman.
.
[+] 18 sesi training secara berkumpulan yang disesuaikan mengikut “saiz” peserta. We go slowly. Takde istilah, “aku besarr, beratt, mana larat nak exercise mcm org lain.” iaitu sebanyak 2 kali seminggu iaitu setiap Sabtu dan Ahad pagi iaitu bermula 7.30 pagi.
.
[+] 3 coach yg cukup berkaliber iaitu Coach Aizat Razak dan Coach Khairun dan Coach Faris, Sport Science Trainer dari UiTM,
.
[+] Aktiviti bakal dijalankan dalam suasana yg sgt FUN & ENJOYABLE. Mesti tak boring lah selama 6 minggu bersama kami. 

SIAPA KAMI?

Aizat Razak:
– bekas peserta JK1M musim 1 -4 dengan berat asal 220kg dan pernah mengurangkan kepada 95kg selama setahun setengah.
– Ikon Jom Kurus 1 Malaysia
– Jurulatih Sains Sukan Tahap 1
– Menghadiri kursus NLP, Weight Loss Specialists, Health Coach dan Kursus Pemakanan sihat
– Pengasas program Weight Loss di Bangi iaitu CMB (Conquer Mental Body) selama dua tahun

KHAIRUN WAHIDIN:
Pengalaman mengurangkan berat badan bermula dengan berat badan 100kg:
– Lean Ladies Season 2  (100kg-95kg) -5kg
– Jom Kurus Season 7 (95kg-88kg) -7kg
– Lean Ladies Season 3 (86kg-82kg) -4kg
– CMBX 3.0 by Aizat Razak (80kg-74kg) -6kg
– CMBx 4.0 by Aizat Razak (72kg-68kg) -4kg
Current weight: 64kg

– Berkongsi pengalaman perjalanan menurunkan berat badan dan memberi inspirasi bersama terutamanya wanita.
– Memberi inspirasi dan mewujudkan kesedaran pada semua (terutamanya wanita) untuk tidak malu bersenam, tidak takut makan dan start taking care of themselves, look good and enjoy being active.

COACH FARIS:
– Graduan sports science UiTM dan sedang dalam menghabiskan Sarjana sains sukan
– 2 tahun dalam mengendalikan program lose weight training

Specialty dalam fitness:
– Special dalam fizikal assessment dari segi biomekanikal dan physiologikal manusia
– Melatih elite performance athlete
– Mempunyai variasi dalam training dan pasti enjoy

Q Lokasi dan Masa Aktitivit:

LOKASI: Latihan sepanjang program akan dibuat di pelbagai lokasi iaitu:
- Dewan Orang Ramai Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
- Stadium Seksyen 15, bangi
- Kawasan lapang berhadapan Bangi Sentral
- Putrajaya dan kawasan- kawasan lain yang akan dimaklumkan kelak

HARI dan MASA: 2 kali seminggu Sabtu & Ahad (7.30 am - 10 am)

Q Bagaimana keputusan peserta sepanjang program kendalian Coach Aizat?

ALhamdulillah, keputusan peserta amat memberangsangkan. Untuk lihat kejayaan mereka, boleh copy dan paste link di bawah:

https://goo.gl/Cqp1by

Q Bagaimana mahu mengawal peserta yang ramai?

Program Aizat Razak dibawah label CMB sebelum ini memang pernah mencecah seramai 50 orang, dan alhamdulillah, setiap orang diberi perhatian sepanjang training, pemantauan pemakanan setiap individu malah Aizat Razak sendiri akan melihat satu persatu perserta dan bantu mereka untuk kurangkan berat badan.

Malah gabungan 2 lagi coach akan membantu memastikan setiap peserta diberikan pemantauan yang lebih dekat.

Q Adakah Aizat Razak dapat membantu peserta wanita untuk kurangkan berat badan?

Ya setakat dua tahun berpengalaman dalam program mengurnagkan berat badan, peserta teramai adalah wanita sendiri dan alhamdulillah masing-masing dapat perubahan yang terbaik.

Mmalah untuk kali ini, Aizat Razak membawa masuk salah seorang trainer wanita, Khairun, JK1M success Story yang berjaya mengurangkan berat dari 100 kg ke 64 kg untuk sama-sama membantu anda.

Q Bagaimana untuk sertai kami?

Boleh hubungi saya, Aizat Razak di 0166612017 atau Whatsapp terus di link ini:

http://jk1maizatrazak.wasap.my/

19 Reviews for Aizat Razak & START-LAH Kurus Trainers

nawalfairis9915

1 Reviews

Pengalaman terbaik

5/ 5

Saya dah 3 tahun bercadang nak masuk program jom kurus tapi komitmen kerja tidak mengizinkan. Mula-mula risau juga nak join sebab ada kecederaan lutut dan dah dinasihatkan Dr supaya tidak melakukan aktiviti- aktivit high impak. Namun pembelajaran mengenai pemakanan, metabolisma badan dan calorie counting banyak membantu dalam misi mengurangkan berat badan. Senaman masih dilakukan tapi modified berbanding dgn peserta lain. Alhamdulillah turun berat hampir 4kg dan bila saya teruskan cara pemakanan dan nasihat turun lagi 3kg. Saya amat berterima kasih pada coach aizat, coach faris dan coach khai yg telah byk membimbing. Saya galakkan peserta lain utk join team bangi2 dan mulakan perjalanan ke arah tubuh badan yang lebih sihat.

Was this review ...?

adil72

1 Reviews

Satu Perubahan Mesti Bermula Dengan Langkah Pertama

5/ 5

Mula2 masuk JK1M9 Bangi 2 ni saya agak skeptikal boleh ke dapat turunkan berat badan. Banyak cara yg saya dah alami tapi semuanya hancus… Bila wife saya dah register untuk program ni saya terkejut dan takut jugak tak boleh turunkan berat badan. Tapi berkat sokongan beliau membuat saya cuba juga dan Alhamdulillah saya berjaya turunkan sebanyak 9.9kg dalam masa 6 minggu program sahaja hasil dorongan coach2 team Bangi2. Bukan sahaja saya berjaya turunkan berat badan, bahkan bertambah ceria dan kurang rasa stress seperti sebelumnya. Banyak kelebohan lain yang telah saya dapat. Syukur Allah telah lorongkan jalan saya join program ni. Setiap perubahan mesti bermula dengan langkah pertama dan kena open minded serta doa. Inshaa-Allah usaha anda akan berjaya. Saya rasa coach Aizat, coach Khai dan coach Faris adalah gabungan 3 coach yg mantap lagi berkesan bagi sesiapa yang nak mulakan perjalanan ‘kurusning’ anda. Hidup lebih sihat dan menikmati setiap detik melaluinya… Hehe 🙂

Was this review ...?

nuyul869

1 Reviews

Pengalaman Terbaik

5/ 5

Sebab korang wajib join JK1M10 bawah Coach Aizat, Coach Faris & Coach Khairun 1) Banyak ilmu yang korang akan dapat terutama cara pemakanan sihat. Selalu orang salah faham, bila diet je mesti makan tak sedap kan..?Kalau korang pun fikir macam tu, korang silap ;p 2) Setiap workout atau senaman yang korang kena buat memang akan ikut kemampuan masing2. Percayalah, Coach Aizat, Coach Faris & Coach Khai sangat2 supportive. Korang takkan rasa pun kena tinggal atau pun ditinggalkan 😉 3) Pelbagai aktiviti yang TL dah rancang yang akan buat korang takkan jemu sepanjang berada dalam keluarga ini. Korang akan rasa macam rugi nya kalau terponteng satu sesi. ;p 4) Dan terakhir, paling utama sekali semangat kekeluargaan yang diterapkan dalam program ini akan buatkan korang akan rasa aura positif je. Semangat lain macam meneruskan perjuangan untuk lebih sihat dan lebih sayangkan diri sendiri..;) Alhamdulillah. Saya telah berjaya menurunkan berat sebanyak 18.4kg sepanjang mengikuti program di bawah Coach Aizat Razak. Bermula dengan Coaching Online diikuti dengan JK1M9 dan CMB. Sekarang masih lagi meneruskan perjalanan. Bak kata Coach Aizat, Tiada Garis Penamat Untuk Sihat!

Was this review ...?

nurazwan.orga92

1 Reviews

A NEW GUY IS BORN

JK1M Team Bangi2 membantu saya mencapai matlamat untuk mendapatkan berat dibawah 100kg. Sepanjang 6 minggu pelbagai ilmu dan tunjuk ajar telah diberikan oleh Team Leader serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Team Bangi2. Kaedah yang diajar oleh coach mudah diikuti dan tidak rasa terbeban Alhamdulillah setelah berakhirnya 6 minggu,saya berjaya menurunkan berat melebihi “25kg” dan menjadi juara kawasan Bangi2 pada musim ke 9. Sekiranya saya mampu lakukan dan berjaya dalam misi saya, tidak mustahil anda pun boleh juga. Nasihat yang boleh saya cakap ialah dengar serta ikut apa yang Team Leader anda sampaikan dan Insyaallah anda akan berjaya juga. Terima kasih Coach Aizat,Faris dan Khai. All the best untuk team JK1M10 Bangi 2.

Was this review ...?

nursya_ateh90

1 Reviews

mrsbetty

5/ 5

Assalammualaikum coach aizat, faris and khai…thanks a lot for your support in JK1M..Join JK1M was not a bad decision cause it change my lifestyle a lot and I enjoy a good journey end of the year 2017…bangi 2 is awesome..

Was this review ...?

rahimahpackeermpi74

1 Reviews

JK1M#9

5/ 5

Great team for a first timer in losing weight! Aizat, Khai and Fariz worked well together with their own strengths and expertise in helping us throughout the program. Great experience for me. It was not stressful but we understood what needs to be done for us to see results. In the end, we want a healthier life. They all helped me to improve myself. Thank you Coach Aizat! Coach Khai! Coach Fariz! You are Awesome!

Was this review ...?

maktok.sarah71

1 Reviews

Mantap

5/ 5

Segala-galanya mantap… →Workout →Pemakanan →Motivasi Walaupun berat ada turun n naik..tp badan semakin fit dan sihat, Alhamdulillah. Ilmu yang diberikan amat2 beharga. Jazakumullah pada semua coach.

Was this review ...?

md.amirol.ibrahim45

1 Reviews

Permulaan yang Terbaik Untuk Kurus

5/ 5

Alhamdulillah. JK1M Bangi 2 bawah latihan Coach Aizat , Coach Khai dan Coach Fariz merupakan satu platform yang membantu saya untuk memulakan misi FIT dan KURUS. Moga ilmu yang dipelajari sepanjang program akan terus konsisten dipraktikkan. Semoga ahli Team Bangi 2 terus FIT dan KURUS.

Was this review ...?

Nur Rienalissa

6 Reviews

Aizat is a real success story!

5/ 5

Been with his team before, he is great & you’ll enjoy the session. Join him, now! 🙂

Was this review ...?

theonewhohadfun85

1 Reviews

Awesome programme, awesome group,awesome coaches

5/ 5

I’ve joined the group since cmb 4.0 with coach aizat and coach faris..i was able to join 2 more group session since then..The programme was fun, the coaches are very supportive..they push you to the limit that you have never thought you could do..the programme has taught me to be a better person,to stay healthy,to stay fit,to eat healthy..Its not all about losing weight,it is about getting healthier and fit..they never gave up on me and always keep reminding us to keep on track and to stay focus..one of the best support system i’ve ever had to stay healthy and fit.. Thank you coaches❤❤❤❤ I really wish i could join you again..

Was this review ...?

smuzani95

1 Reviews

Sangat bagus

5/ 5

Saya turun dari 73kg ke 67kg dengan beliau. Tapi yang lagi penting, fitness naik. Dulu nak buat satu push up pun susah, sekarang boleh buat 15 push up setiap set. Banyak fokus kepada pemakanan sihat juga.

Was this review ...?

eppynoorizwan62

1 Reviews

Ziwans Lokman

5/ 5

Coach Aizat My Idol Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan sy dgn beliau dlm fb..beliau menerima sy serba kekurangan dgn keadaan fizikal dan berpenyakit dlm program beliau.beliau byk mengajar dan membimbing sy dlm journey mengurangkan berat badan.beliau berjaya mengubah mental sy dr hidup yg tidak kpd hidup lebih sihat. Alhamdulillah byk perubahan pd diri sy dlm program beliau. sy dpt mengurangkan berat badan.

Was this review ...?

farahpauzi88

1 Reviews

Amazing journey with CMB Prog with Coach Aizat and Coach Faris

5/ 5

Based on previous experience, i hv learnt a lot with coach aizat and coach faris.. most of the activities are fun and it is amazing how you can push yourself to do the workout together with your team rather than doing it alone at home.. i wish that i can keep continue to join this program .. not just to lose weight but to keep myself healthy and fit..

Was this review ...?

syirazakaria12381

1 Reviews

Dulu XL, kini M!

5/ 5

Salam. Saya telah join program di bawah kendalian coach Aizat & coach Faris sejak Mac2016 lagi. Alhamdulillah banyak perubahan positif. Dahulu nya saya seorang gadis bersize XL, setelah setahun mengikuti program Coach Aizat, kini saya bersize M 👍🏻 Good job coaches!

Was this review ...?

fikri_locman75

1 Reviews

Support System untuk KURUS!

5/ 5

Tak pernah terjangka untuk hilang up sehingga 60KG (yess… enam puluh kilogram) under Aizat and his team supervision. Their method and guidance, mmg tak boleh dipertikai. Most important thing is… the knowledge shared by them. Coach faris, sangat berpengetahuan dlm sport science dan sangat berpengalaman untuk program mengurangkan berat badan. Coach Khairun, sangat positive to encourage others to stay strong and motivated. It is either Now or Never!

Was this review ...?

razilaarif34

1 Reviews

Valuable experience!!!

5/ 5

Assalamualaikum..Saya tak dpt ikut program secara ‘live’ disebabkan kekangan jarak yg jauh… Tetapi berpeluang mengikuti online coaching bersama coach Aizat Razak.. Program tersebut telah berjaya mengubah cara hidup saya kpd lebih sihat. Berpandukan panduan yg berterusan dr coach, alhamdulillah saya telah berjaya menurunkan berat drpd obese kpd bmi normal… Tq coach… So, kpd yg berdekatan, silalah join program di bawah kendalian coach Aizat. Pasti berbaloi… Pasti termotivasi… Yang jauh boleh berjaya, apatah lg bertemu 4 mata dgn coach. Semoga kita semua lebih sihat ya. Sekian.

Was this review ...?

nazriehmk66

1 Reviews

Aizat, coach dan idola yang wajar diikuti

5/ 5

Saya mengikuti program bersama coach Aizat dan seorang lagi coach. Saya dapati kaedah yang diajar oleh coach mudah diikuti dan tidak rasa terbeban. Hal ini disebabkan oleh coach sendiri faham bahawa keinginan makan itu akan sentiasa membuak-buak. Namun beliau menerapkan bahawa dengan iltizam, semangat dan kegigihan pasti akan membuahkan hasil. Saya akan bawa ilmu yang diajar oleh para coach saya ini hingga saya dapat berat badan yang saya idamkan. Kepada yang berminat untuk mengikuti program di bawah coach Aizat, pergilah segera, jangan bertangguh lagi… 👍

Was this review ...?

arifibrahim7370

1 Reviews

When TL gives 100% effort, Give them 200% effort and Commitment

5/ 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera. TL Coach Aizat, Coach Faris dan Coach Khairun adalah Coach yang sentiasa memberikan 100% effort kepada peserta who enter loss weight journey. Yes, Loss weight journey is not as easy 1,2,3.. but they will be there to lend their hands if you reach them with open hands After all, it’s back to peserta to give 200% effort and commitment then see the Result Loss weight journey and healthy lifestyle always be their priority I was 123.8kg back in 2016 dan was loss 35kg in 1 year once and I still struggle to loss weight to dream weight 80kg (targeted by end of this year). So, Don’t be afraid, be healthy, be focus, be knowledgeable about health then dream weight will come to you. Lastly thanks to TL Coach Aizat, Coach Aizat and Coach Khairun who always inspired me.. Innshalllah. Wassalam

Was this review ...?

libragirl84_y2k47

1 Reviews

Pengalaman yang terbaik dalam hidup

5/ 5

Satu training yang sangat bermanfaat bawah kelolaan coach Aizat dan coach Faris serta bantuan coach2 lain yang terlibat.Satu program yang sangat santai dan semangat kekeluargaan yang coach terap dlm program ini sangat baik.ini terbukti kerana saya sendiri sudah terlibat dengan program bawah coach aizat sebanyak 5 sesi.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM350.00

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:No
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all