Checkout Amal Farhah Watch Video

Videohttps://youtu.be/3fRYct7KSTc

Amal Farhah Binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Farah (Chaf) merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa lepasan Ijazah Sarjana Muda didalam Undang-Undang. Beliau mula berminat di dalam bidang kecergasan selepas mengikuti JK1M8.

Sebelum menyertai JK1M, beliau telah mencuba pelbagai diet, bermacam-macam produk, dan senaman. Hasilnya berat badan turun sementara, kemudian kembali ke berat asal.

Semasa menyertai JK1M, peserta diajar cara pemakanan dan senaman yang betul. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar yang diperolehi dari JK1M, beliau berjaya menurunkan 16kg, daripada saiz XXL ke M dalam masa 6 bulan.

Keyakinan diri semakin bertambah dengan berat dan saiz badan yang ideal.

Hidup juga lebih ceria dengan tubuh yang sihat dan cergas, dikelilingi oleh rakan-rakan dengan minat dan matlamat yang sama.

Beliau juga melibatkan diri dengan aktiviti kecergasan dan pengurusan berat badan bersama SCOUTS 9, SCOUTS 10, ABSTRAX COMBAT dan FITBLAST di bawah kendalian Coach Tas dan Coach Cem untuk mengekalkan kecergasan dan juga meluaskan pengalaman beliau.

JK1M adalah pilihan yang tepat untuk memulakan langkah pertama ke arah mencapai berat badan ideal, sihat, cergas dan ceria.

Selepas menyertai JK1M ini, anda tidak akan lagi menyorok-nyorok di belakang orang lain ketika mengambil gambar, ataupun menyimpan koleksi pakaian yang berwarna gelap dan hitam sahaja walaupun itu bukan warna kegemaran anda, ‘if you know what I mean’.

Dalam program ini, beliau akan berkongsi ilmu dan membimbing peserta-peserta dalam pengurusan berat badan tanpa perlu berlapar dan tanpa menggunakan apa-apa produk kurus. Makan nasi pun boleh kurus tau.

Program ini juga menyediakan pelbagai aktiviti -aktiviti yang menarik sepanjang 6 minggu termasuk:-

  1. Mempelajari cara menganalisis badan sendiri setiap minggu.

  2. Pemantauan pemakanan peserta.

  3. Senaman yang betul2 mencabar peserta, tapi seronok.

Latihan akan dikendalikan di Stadium Hang Jebat Melaka dan akan ke tempat-tempat lain mengikut kesesuaian aktiviti.

Jika anda tinggal disekitar Paya Rumput, Cheng, Rembia, Sg Udang, Bukit Rambai, Tanjung Minyak dan kawasan berdekatan serta menghadapi masalah berat badan dan perlukan sokongan, JOM SERTAI beliau dalam JK1M 10.

Berani kerr…

Q Saya berminat. Macam mana nak join?

Sila hubungi saya di 011-1086-0376

Q Waktu, bila dan di mana?

Pukul 7.45 pagi setiap Sabtu dan Ahad setiap minggu selama 6 minggu. Latihan akan dikendalikan di Stadium Hang Jebat dan akan bergerak ketempat-tempat lain mengikut kesesuaian aktiviti seperti Hiking, Aquaerobic dan lain-lain. Bagaimanapun masa latihan bergantung pada aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Q Satu sesi berapa lama?

1 – 2 jam bergantung kepada jenis aktiviti.

Q Kalau saya join saya dapat apa ye?

Kurus, fit dan gojes… itupun kalau ikut nasihat dan istiqamah dengan apa yang saya akan kongsikan nanti. Selain tu korang dapat:
1. Free Tshirt
2. Whatsapp support
3. Kawan-kawan baru yang satu kepala dengan korang
4. Sesi workout & Fun activities

Q Apa kriteria nak join?

Bersenam, jogging, Zumba hari-hari tapi tak kurus.
Tak makan nasi pun tak kurus juga.
Makan ubat kurus pun tak kurus juga.
Tak makan langsung pun tak kurus juga.
Yang kurus sekeping pun boleh join.
Yang selalu ambik gambar nyorok-nyorok belakang orang.

Q Apa aktivitinya?

Aktiviti bersama seperti di bawah:-
- Fitness & Nutrition Talk / Plan Diet / Fitness Test
- Circuit Training /Cardio Training / Bootcamp / Dumbbell Home Workout
- ExploreFit / Fun FitCard Game
- Dodgeball / Futsal
- Aqua Aerobic
- Hiking
- Cheat Party
*Tertakhluk kpd perubahan
Semuanya untuk menjayakan misi kita: Kurus, sihat dan cantik. Gituu…

Q Berapa kg boleh hilang sepanjang program?

Bergantung kepada komitmen dan disiplin anda.

Q Masa program boleh bawa anak kecil ke?

Boleh, tapi pastikan ada penjaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Q Saya ni dah berumur, boleh ke join?

Boleh, asalkan muda di hati.

1 Review for Amal Farhah

tashazainal

3 Reviews

She went all the way till where she is now ~ Coach Tas

4/ 5

Tajuk pun dah explain kan? Saya kenal Amal sepanjang dia jadi trainee saya dalam beberapa program. Dia sangat disiplin & make sure setiap minggu dalam program she does her best. As a Team Leader, I am sure she will do the same. Guide you all to go all the way, she knows the “know how”. So, jangan buang masa gaiss.. warga Paya Rumput, register NOW!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Additional Program Notes:* Tertakuk kpd perubahan
Show all
  • Aktiviti Minggu 5:Aqua Aerobic
  • Aktiviti Minggu 4:Dodgeball / Futsal
  • Aktiviti Minggu 3:ExploreFit / Fun FitCard Game
  • Aktiviti Minggu 2:Circuit Training /Cardio Training / Bootcamp / Dumbbell Home Workout
  • Activity Minggu 1:Fitness & Nutrition Talk / Plan Diet / Fitness Test
  • Aktiviti Minggu 6:Hiking- Cheat Party