Berpunca daripada kerap terasa sakit di bahagian tapak kaki bila berdiri lama maka terfikir untuk turunkan berat badan. Terlihat di facebook pada hujung tahun 2013 yang dikongsikan oleh Team Leader Ipoh, beliau dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 6 minggu maka terinspirasi lah saya untuk mendaftar program Jom Kurus 1 Malaysia musim 1 yang memulakan sesinya pd tanggal  11 Januari 2014.

Mengharungi program JK1M#1 selama 6 minggu dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak  8kg @ 10%. Perjalanan misi gaya hidup sihat cergas diteruskan dengan pelbagai aktiviti, akhirnya pada Jun 2014 berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg dan dgn berat 57kg. Alhamdulillah syukur.

Dengan kejayaan menurunkan berat badan ini  maka  terilham untuk memanfaatkan dengan komuniti setempat maka terhasil Program FFC pada Ogos 2014 iaitu program penurunan berat badan dan kembali fit di Ipoh, Perak. Bagi setiap musim, program kami mensasarkan penurunan minimum antara 5% ke 10% kepada setiap peserta kami. Kami dedahkan tentang amalan pemakanan sihat berkhasiat serta teknik senaman yang betul & berkesan.

Proses pembelajaran tentang kesihatan dan kecergasan ditimba dengan mengikuti kursus dan bengkel anjuran Kementerian Belia Sukan, Unit Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan badan2 persijilan kecergasan yg lain.

Perjalanan sebagai Team Leader Kawasan Ipoh2 (ladies only) bermula pd musim ke7. Alhamdulillah sehingga musim ke 10, saya masih terpilih lagi untuk meneruskan misi ini. Insya’Allah saya sedia membantu memberi khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman untuk mencapai misi dan matlamat peserta Jom Kurus. Bimbingan tentang  pemakanan sihat berkhasiat serta tentang teknik senaman yang membantu menurunkan berat badan dan cara kiraan kalori keperluan badan masing-masing. Disamping itu, saya juga menyelitkan pelbagai aktiviti kecergasan yg bervariasi agar semua peserta akan sentiasa enjoy dengan aktiviti kecergasan…insya’Allah

Untuk JK1M#10, antara aktiviti indoor dan outdoor seperti berikut :-

Minggu #1 : Sesi suaikenal, Sesi Bergambar, Timbang Berat Hari Pertama dan Pengenalan kepada nutrisi (mikro & makro)

Minggu #2 : Timbang, Fitnest Test I, Body Weight Training, Crosssfit,Demo Kelas Masakan Sihat

Minggu #3 : Timbang, Body Weight Training, LSD, Spinning

Minggu #4 : Timbang, Crossfit, Bodyweight Training, Aquacardio

Minggu #5 : Dodgeball, Mini Netball, LSD, Timbang, Queen Bootcamp Challenge,Hiking

Minggu #6 : Timbang Akhir, Fitness Test II, Mini Bootcamp, Queen Street Challenge

Jom join Team Azian Raduan, TeamIpoh2(ladies only). Bersama-sama realisasikan impian dan matlamat kalian. Insya’Allah

Q Adakah program dibawah kelolaan puan hanya utk WANITA sahaja?

YA, program JK1M IPOH2 hanya dibuka untuk WANITA sahaja tidak mengira bangsa & usia. Yang penting, anda mempunyai azam untuk hidup sehat & cergas.

Q Adakah TRAINER yg melatih kami juga terdiri drpd golongan wanita sahaja?

TRAINER untuk JK1M IPOH2 adalah wanita termasuk saya sendiri tetapi untuk sebahagian latihan atau aktiviti tertentu adakalanya trainer adalah lelaki disebabkan kekurangan kemahiran oleh trainer wanita. Trainer wanita tetap menjadi pilihan kami di JK1M IPOH2.

Q Bila & dimanakah latihan & aktiviti dijalankan?

Aktiviti WAJIB JK1M adalah pd setiap pagi Sabtu. Kami juga menjalankan aktiviti pd setiap malam Selasa & Khamis bagi mereka yg mempunyai kelapangan. Durasi aktiviti dalam masa 60 hingga 90 minit.
Aktiviti akan diadakan disekitar bandar Ipoh secara INDOOR & OUTDOOR.

Q Mak saya berusia 54 tahun dan berminat untuk turut serta program Jom Kurus. Adakah mak saya layak untuk sertai program ini?

Untuk sertai Program JK1M IPOH2 tidak mengira usia selagi mana individu tersebut bersemangat & berazam tinggi untuk SEHAT CERGAS. Beliau juga perlu sehat tubuh badan & tiada mempunyai penyakit-penyakit kronik. Kami syorkan ibu saudara merujuk & mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
Setakat ini peserta kami ada yg berusia 53 tahun malah semakin cergas melayan kerenah cucunya setelah terlibat dengan aktiviti di Program Jom Kurus ini.

1 Review for Azian Raduan

noorhanimzuki47

1 Reviews

Impian 'slim n fit' akhirnya tercapai jua

Bertahun-tahun gemuk akhirnya bertemu ‘idol coach’ Azian Raduan..Misi slim n fit dalam masa 6 minggu sebagai permulaan yang penuh dengan aktiviti luar biasa membolehkan impianku tercapai.. Awesome support group with same spirit!!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all