Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapakah Coach Duan?

Aktif semasa zaman sekolah tetapi mula mengalami peningkatan berat badan sejak zaman ipta. Ketika itu, tak kisah pun muka makin bulat, baju sendat, seluar ketat, cepat penat. Kawan – kawan dan saudara mara tegur badan makin kembang sedikit pun tak memberi kesan. Titik keinsafan timbul pada tahun 2015. Masa tu dah mula rasa cepat penat bila jalan jauh, kaki mudah kebas bila solat, naik tangga pun mengah macam baru lepas berlari. Berat maksimum 92.1Kg.

Permulaan dalam “Weight loss journey” dalam satu program seumpama JK1M pada Ogos 2015 di mana berjaya merangkul gelaran juara dengan penurunan berat sebanyak 9.8kg dalam masa 6 minggu. Fat % sebelum itu adalah lebih daripada 30%. Selepas habis program,  berehat sekejap dalam sebulan dan masuk program lain di bawa kendalian coach yang sama. Berjaya menurunkan berat sebanyak 5.8kg dan menjadi juara. Berat pada akhir Disember 2015 ialah 71.7kg.

Tahun 2016 mula berjinak – jinak dengan running, weight training dan juga hiking. Akan tetapi, berat badan yg diperolehi pada akhir Disember 2015 tak kekal lama akibat faktor kawalan diri yang goyah. Kemuncaknya pada bulan November 2016 berat mencecah 83.6kg. Tak tunggu lebih lama untuk kembali ke pangkal jalan, mula fokus semula dan berdisiplin dalam diet dan juga senaman. Hasilnya perlahan – lahan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9.4kg dalam tempoh 8 bulan.

Awal Julai 2017, menyertai program Dietfit Xtreme 2.0 Petaling Jaya di bawah kendalian Cip dan berjaya menjadi juara kawasan dengan penurunan berat badan sebanyak 7.4 kg dan fat % turun sebanyak 4.3%

 

Pengalaman dan kelayakan dalam bidang kecergasan?

  1. Certified Fitness Instructor daripada NASC, Metafit Certified Coach & CPR Basic Life Support daripada FitM.
  2. Pembantu kepada Team Leader – Cip (Khairul Dietitian) semasa Jom Kurus 1 Malaysia musim ke 9 kawasan Petaling Jaya. Diberikan tanggungjawab bersama – sama melatih peserta dengan variasi latihan tabata, isometric, HIIT, bootcamp dan lain – lain.
  3. Jurulatih di bawah program Dietfit Malaysia dimana pengasasnya adalah Cip, dietitian kesayangan JK1M.
  4. Jurulatih Dietfit 3.0 Shah Alam bersama Coach Dian dengan jumlah peserta seramai 18 orang yang terdiri dari umur 20an sehinggalah 50an.

 

Nak sihat dan fit? Percayalah kita semua mampu melakukannya. Jangan pernah putus asa dan ragu – ragu dengan keupayaan diri. Segalanya bermula dari dalam diri sendiri.

Sebagai seorang yang telah berjaya menurunkan berat lebih dari 20 kg dalam masa 4 bulan dan juga pernah mengalami kenaikan berat badan semula, saya yakin dengan pengalaman dan personaliti yang ada, saya mampu memberikan impak positif dan menjadi contoh yang terbaik kepada semua peserta JK1M Bukit Jelutong.

Saya mahu anda sedar yang perjuangan sebenar dalam menurunkan dan juga mengekalkan berat badan ideal adalah selepas habis JK1M jadi jangan risau, anda boleh terus berhubung dengan saya dan teammate lain walaupun selepas habis program.

Saya juga mahu mewujudkan mindset masuk program Jom Kurus bukan untuk kurus semata – mata tapi sebagai satu gaya hidup yang boleh diamalkan sampai hujung nyawa.

Yakinlah yang sekali ataupun berkali – kali anda tenggelam tak akan selamanya di dasar lautan. Lama terbabas tak bermaksud tak boleh kembali ke jalan yang lurus. Saya boleh ‘back on track’ kenapa anda tidak? Ayuh bangkit dan meroket bersama!

 

Maklumat aktiviti

Hari latihan : Isnin & Rabu (9.00 – 11.00 malam) | Ahad (8.00 pagi – 10.00 pagi).
Lokasi latihan: Dewan Kosmos, Seksyen U8 & kawasan taman sekitar Bukit Jelutong.

 

Nota Penting:

Sebarang pindaan pada tarikh, aktiviti dan lokasi akan dimaklumkan kepada peserta dari masa ke semasa, mengikut pada keadaan cuaca dan kesesuaian jenis aktiviti yang akan dijalankan.

Jika ada pertanyaan dan kemusykilan, boleh whatsapp/call saya. http://coachduan.wasap.my

Q Saya dah lama tak bersenam. Rasanya last masa zaman sekolah dulu. Boleh ke nak join?

Boleh. Tiada masalah kalau jarang - jarang atau lama tak keluarkan peluh kat taman. Anda lakukan senaman mengikut tahap kemampuan dan stamina yang ada. Push your limit and listen to your body. You know when you should stop and when to keep pushing. Bersenam bukan untuk injured tapi untuk menjadi lebih fit dan bertenaga.

Q Saya suka makan. Tak kisah lah yang heavy ke yang lite2 ke. Semua saya suka. Tapi saya nak kurus. Macam mana ek.

Anda tak keseorangan. Saya sendiri suka makan macam - macam. Orang kata wajib ada Jalan - Jalan Cari Makan dengan kawan - kawan. Tapi dalam JK1M 10 Bukit Jelutong, saya akan kongsi macam mana nak kurus dan sihat tanpa perlu menyeksa diri dengan berlapar dan buat yang bukan - bukan.

Q Saya dah lama teringin nak kurus tapi bila bagitahu family dan kawan - kawan, mereka gelakkan saya balik. Stress saya!

Ha,.. Jangan stress. Nanti hormon cortisol naik. Lagi susah nak turunkan berat dan lemak - lemak yang ada dalam badan.

Jangan risau, kita ada online whatsapp group dimana anda boleh berbincang dan borak apa sahaja topik dengan TL dan juga rakan seperjuangan yang lain.

Kita akan saling support dan motivate each other untuk terus berusaha dan tak putus asa. Lagi satu, bila bersenam ramai - ramai ni lebih seronok sebabnya boleh gelak - gelak dan support orang yang ada berdekatan.

Q Orang cakap kalau nak kurus kena jogging selalu. Betul ke?

Ada betulnya. Cuma anda kena pastikan semasa jogging, heart rate mencecah 60 - 70% daripada maximum heart rate. Barulah badan akan mula membakar lemak.

Tapi tak kan la nak jogging je setiap minggu. Lama - lama pasti bosan. Dalam JK1M, anda akan didedahkan dengan variasi senaman daripada bodyweight workout, tabata, HIIT sehinggalah basic weight training.

Q Apa je aktiviti yang akan dijalankan selain training beramai - ramai?

Ada kelas diet yang mana saya akan tunjuk cara pemakanan yang mudah diamalkan sampai bila - bila. Anda nak share dengan ahli keluarga pun dialu - alukan. Biar satu keluarga dan sepupu sepapat semua sihat bersama - sama. Sama - sama ringankan bumi.

Selain kelas diet, kita ada juga unofficial training seperti dodgeball, badminton, handball, hiking, jogging, dan banyak lagi. Anda bebas untuk join mana - mana aktiviti yang anda suka.

Q Macam mana ya kalau tiba - tiba tak dapat datang pada hari official training?

Saya seseorang yang sangat menghargai komitmen dan dedikasi yang tak berbelah bahagi. Sekiranya tidak dapat datang disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan, anda boleh join kelas ganti pada hari sabtu minggu pertama atau ketiga (akan dimaklumkan dalam group dari semasa ke semasa). Kelas ganti juga akan dibuat pada hari biasa sekiranya training tak dapat dijalankan pada hari ahad.

24 Reviews for Coach Duan

munirahabshee35

1 Reviews

COACH DUAN TERBAIKKKK

5/ 5

Kawan yg sgt supportive dan suka bebelll wehhhhhh… tapi dia laa yg slalu tegur klu nmpak ada yg terpeleot ke apaaa or slalu bg pndgan dia.. x lokek ilmu lgsg, klu mula2 kenal dia dlu x sgka lgsg, mula2 pemaluuu laaa tpi bila dah bukak muluttt, adehhh x leh brenti brckap rupanyaaaa.. klu nk buat apa2 dia jgak slalu ajak join n x pnah laaa dia tgal sorg2.. x rugii kalau sapa2 nk join ngan Coach Duan ni sbb biasa klu apa2 refer dia InsyaAllah jwpan boleh dpat lbih dr 10 laaaaaa.. klu dr segi exs pulak, Coach Duan ni byak kut pengalaman, dah mcm2 dia belajar n dia sdri pun prktik, so mmg dia thu apa yang prlu n x prlu, lpas tu klu dia thu apa2 msti dia share dlam grup, tu yg plg best klu skali ngan dia.. so, sapa2 yg duk area Shah Alam bukit Jelutong n skitar bolehh laa join Coach Duan ni sbb mmg berbaloi n sgt brhrga pengenalan n pertemuan tu 🙂

Was this review ...?

salatif747755

3 Reviews

Coach yang murah dengan senyuman

5/ 5

Coach yang aktif membantu rakan yang memerlukan setelah berjaya mencapai misi untuk hidup sihat dan cergas. Jom sertai beliau anda pasti tidak akan rugi… Pelbagai tips kesihatan, pemakanan dan senaman akan dikongsi bersama anda…Anda pasti akan merasakan perbezaan pada diri anda dalam menyertai program penurunan berat badan bersama beliau,

Was this review ...?

azhabeevi

1 Reviews

Terbaikkk coach duan

5/ 5

Saya mengenalinya ketika menjadi pembantu cip dlm JK1m9 bersama team petaling Jaya. Seorang coach yg sentiasa bersemangat dalam memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik utk peserta2 program. Tidak pernah putus asa.. Dan seorang yang sgt friendly. Mudah didekati.. Goodluck coach duan.. Semoga suksess selalu.. 😍😍😍

Was this review ...?

zakiah hamzah

5 Reviews

Coach terbaik!

5/ 5

Bersama-sama Coach Duan dalam keluarga Dietfit. Coach yg sangat sempoi & dedikasi. Untuk warga Bukit Jelutong, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu & tips dari Coach Duan. Confirm x menyesal punya!

Was this review ...?

fauziomar2731

1 Reviews

Coach Duan Ohsem!!!

5/ 5

Kenal Coach Duan semasa Dietfit Xtreme 2.0 under Cip,geng baik masa program ni…. Coach Duan ni seorang yang bagus dari segi knowledge, cara workout yang menarik serta variety…Dia juga seorang yang memang tidak kedekut ilmu bab diet dan fitness… Korang kena join JK1M 10 bawah Coach Duan sebab banyak aktiviti2 yang menarik dan korang pasti berjaya untuk mencapai matlamat program ni

Was this review ...?

masturarasul8

1 Reviews

Highly recommended Coach!!!!

Mengenali beliau semasa Dietfit Xtreme 2.0 under Cip. Dan sekarang dia dah jadi seorang Coach..Congratsss!! Coach Duan. Personally kenal Coach Duan ni, dia seorang yang sangat komited dengan apa yang dia buat & sentiasa mahukan yang terbaik untuk setiap peserta dia.Selain itu, dia pandai pelbagaikan workout supaya kita x rasa bosan bila buat workout yang sama.Dia juga seorang yangmemang tidak kedekut ilmu, kalau ade apa2 soalan mengenai diet @ fitness, pasti dia akan jawab. Jom join JK1M 10 Bukit Jelutong bersama Coach Duan utk mengetahui aktiviti2 menarik yg akan dilakukan oleh beliau.

Was this review ...?

nadia.dodt61

1 Reviews

Best coach ever 😎😎😎

5/ 5

First met him joining in 1 of weight loss programme in his ideal weight and couldnt believed that he was battled in weight loss and still in good shape. Become good friend and good mentor in fitness journey while never giving up on you! He is kinda person who never left a person behind (talking about my 1st HM!) He accompany me through the finish line and always keeping high your spirit. Beside his craziness and chatting like a girl talk 💁😆 he never give up pursue his dream. Congratz Coach Duan as new team leader in JK1M!

Was this review ...?

zainab.yaacob70

1 Reviews

Coach yang mantappppppp

5/ 5

Ilmu yang dimiliki dan stamina diri yang agak ke depan berbanding rakan lain sewaktu sama-sama bergelar peserta DFX 2.0 bukanlah medan untuk Coach Duan mempamerkan kemegahan malah jauh sekali mendabik dada menonjolkan kelebihan yang ada padanya. Sebaliknya, Coach Duan sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakan-rakan dalam membina keyakinan diri saat kami melakukan pelbagai aktiviti. Kejayaan Coach Duan dalam menurunkan berat badan juga menjadi penyuntik semangat untuk kami turut melakarkan kejayaan seperti dirinya. Coach Duan sering menitipkan kata-kata nasihat kepada kami agar tidak berputus asa dalam perjuangan menurunkan berat badan kerana bukan mudah untuk mencapai berat impian seperti yang diidamkan. Coach Duan tetap merendah diri dan masih seperti yang kami kenali dulu biarpun telah bergelar coach yang hebat. Selamat maju jaya Coach Duan!!!Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkahmu!!!!!

Was this review ...?

nurshazleen5

1 Reviews

Menyesal kemudian hari tak berguna 😆😆

5/ 5

Coach Duan… Coach Duan… Coach Duan… Mengenali coach duan masa JK1M9… 1st time workout dengan Coach Duan semua rasa ada… Penattttt… Tak cukup nafas semua ada…. Tapi…… itu la orang kata tak kenal maka tak cinta…. Walaupun coach duan sangat komited dengan tanggungjawabnya sebagai Coach tapi coach duan sangat memahami.. nasihat dan semangat yang diberikan buat kita rasa nak buat dan buat lagi… Yang best coach duan ni tak kedekut ilmu… apa je yang kita rasa tak tau boleh tanya… Apa result saya dapat??? Saya turun berat… Perut dah tak buncit… Kawan kata nampak muda… Rasa berkeyakinan… Menang banyak sukan… Sebab apa? bila fitness kita kuat insyaAllah semua boleh buat… Eh cop coach duan ni pandai main badminton tau… Tips dia buat kita jadi juara… hehe… Nasihat saya pilih la Coach duan sebagai coach anda.. Best… enjoy… 😚😚

Was this review ...?

faeishakofficial30

1 Reviews

Honest review from the champ! :)

5/ 5

Duan seorang yang akan keep on motivating and pushing you sampai you lunyai. Kaki biasanya akan rasa seperti jelly dan badan akan sore gila but for me, totally worth it. You paid for RM300, you will definitely gain more than what you’ve paid. If you think you can’t do it, tak confident, tak mampu, tak boleh, believe me with him around you akan rasa lebih yakin, You akan cuba mana yang mampu and you boleh buat apa yang you rasa tak boleh before this. He will shout come on sikit lagi, he will said jangan malas, dia akan bebel kalau tak jaga diet tapi semua tu untuk kebaikan kita. He is reachable, passionate and flexible. He has the ability and knowledge to train people to achieve the desired target. For me, knowing him is one of the good stuff I’ve done in 2017. Push your limit, face your fear!

Was this review ...?

pizara0225

1 Reviews

An awesome Coach!

5/ 5

Coach Duan is a very committed and dedicated coach. He is also very determined at delivering his best in his pursue. Because of his personal testimony i.e from an obese turned to slim and fit, he is very passionate and sensitive in guiding those having the same background. He understands the problems and challenges faced by the participants and definately knows how to encourage and boost their enthusiasm in achieving their goals. He is friendly thus participants look at him as a personal motivator, a friend whom they can share their problems, concerns and obstacles in achieving success in their journey. He is also very knowledgeable and creative in creating and adjusting workouts to be fun, interesting and yet intense. And not only knowledge on sports trainings, he will share any knowledge that he thinks would benefit the participants. Credit also should be given to him as a very concern and attentive coach especially those who have physical restraint conditions. If you are determined not only to lose weight in your journey, but also to discover that work outs and sports trainings are fun and living a healthy life style is amazing, then Coach Duan is the best coach for you!

Was this review ...?

illyamalina76

1 Reviews

COACH DUAN HEBAT!!!!

5/ 5

Coach terbaekk! Sangat berdedikasi! Selalu bagi workout yang tak boringgggg and merecikkk gilosss. You will definitely enjoy being under his guidance! Worth every penny. 😍😊

Was this review ...?

tarmizee

1 Reviews

Coach yg sangat bagus

5/ 5

I like his journey to become fit and kurus guy. He shared his experience and trained me to be like him with his fullheart. I learnt lot techniques of workout and now I don’t have reason to skip workout. Anytime and anywhere I can do my workout. On top of that he always monitor my food intake and willing to answer to all question that he received. En. Duan also willing to organize additional workout session which is out of official schedule. Seems he willing to spend his time to make sure other can practice healthy lifestyle.

Was this review ...?

shahriman.fauzi86

1 Reviews

Awesome coach to have!

5/ 5

I am an ex JK1M9 participant and how I wished Coach Duan was coaching me back then. He is the best coach I have had so far. Fortunately I was lucky enough to be have experienced being coached by him during DietFit 3.0 Shah Alam for 6 weeks and I can say that I have learned a lot from him from learning the correct way of diet, stretching, to different forms of exercises. On top of that, he makes sure all of his trainees are on the right track to lose weight and at the same time stay fit. We are still in touch even after the program is done and he is continually monitoring the group’s progress to make sure we stay fit. Not many coaches do that. On occasions when he is available, he will join us for hiking, marathons & dodgeball. So Bukit Jelutong residents and surrounding areas, you will not regret choosing him as your coach. Trust me, it will be the best RM300 you will spend on getting fit! Good luck coach Duan for JK1M10!

Was this review ...?

beatrice1542

2 Reviews

Committed Coach

5/ 5

Got to know him at JK1M#9 under PJ. He was so encouraging in time of workout. using his personal testimony to encourage me to move on & not to give up. His a real committed & dedicated coach.

Was this review ...?

sitibaizura67

1 Reviews

coach yang terbaik…..

5/ 5

seorang coach yang terbaik… walaupun kali pertama mengikuti program macamni. xkedekut ilmu.. banyak beri tunjuk ajar..teruskan usaha untuk memberi tunjuk ajar dalam kehidupan yang sihat…

Was this review ...?

slay_physio

2 Reviews

Great Team Leader

5/ 5

Sangat dekat di hati peserta. Friendly. Motivator yang sangat baik. Kagum dengan semangat tak putus asa beliau melatih peserta dlam program sebelum ni (Dietfit Shah Alam). Semoga Coach Duan terus suskses membimbing peserta-peserta baru yang ingin mulakan langkah pertama mahupun yg ingin kekalkan momentum.

Was this review ...?

zaharmahzan16

1 Reviews

Suprisingly….Awesome

5/ 5

Once u see Results, it becomes an Addiction…. True! Coach Duan’s recent intense,yet fun 6weeks sessions did so. Me, now being 51+, b4 never know my outer limits, until he pushed me to them. He’s@Coach Duan, the best among the best !!

Was this review ...?

ms.di9n33

8 Reviews

An Idol Person !

Seorang coach yang berilmu, dari segi diet or even fitness anyone can enjoy his explanation ! Do asked him , anytime dia akan jawab setiap soalan sebaik mungkin , tak lokek dgn pengetahuan. As a partner , banyak belajar dengan Coach Duan dari mula , a supportive coach and friend ! He never left people behind! Pengalaman saya bersama Coach Duan, any outdoor activity yang melibatkan teamwork, dia takkan sesekali tinggalkan teammember ! He’s a good sweaper 🙂 An awesome pacer! Jom join JK1M10 bersama Coach Duan ! 6 minggu yang pasti pasti pasti berbaloi!!!

Was this review ...?

fikryfaiz47

1 Reviews

Awesome

5/ 5

If motivation, flexibility, and a personal approach is what your looking for, then Coach Duan is the man for you! He is outcome focused, and I have been able to see continual improvement from my sessions. I would have no hesitation in recommending him as your team Leader if you want to achieve your fitness and health goals.

Was this review ...?

rahima170751

1 Reviews

Highly Recommended !!!

5/ 5

One of the best Coach i ever had.. Coach Duan is immensely passionate about what he does and his natural enthusiasm helped to relax my early worries surrounding my lack of fitness when i first joined Diet Fit. Coach Duan skills have helped me make significant improvements to my lifestyle; weight loss and physical ability. Most importantly he treats us as a family and a friend that needed a motivational boost. I enjoy every single one of his sessions. I would recommend Coach Duan to everyone.. Join us at JK1M10 Bukit Jelutong!

Was this review ...?

fahriza198191

1 Reviews

Best Coach ever!!

5/ 5

Dah bersama coach Duan selama 6 minggu .. memang marvelous 🙂 Training memang tip top and paling best..attitude coach pun terbaik! Sempoi and at the same time -Tegas! Perjalanan 6 minggu sgt2 berbaloi…TQ coach..suka sangat ur support….moga coach dapat teruskan usaha utk mengkuruskan org2 mcm kak Iza ni … all the best!!!

Was this review ...?

farah.azizan23

1 Reviews

The best coach!

5/ 5

Looking forward for JK1M10 with Coach Duan. He is the best coach ever!

Was this review ...?

rinashaka89

1 Reviews

Sincerely from DietFit3 BJ 😎

5/ 5

He is my Coach.. So far the best fitness coach! He’ll gives u 100% eyes on & his ears! Will suggest u, motivate u the best he can..

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all