Hai, saya Coach Farhan disini. Merupakan bekas pelajar Sarjana Muda Sains Sukan. Dan Team Leader JK1M anda musim 8 hingga musim ke 10 untuk kawasan Paka, Terengganu. Mempunyai pengalaman hampir 5 tahun untuk program turun berat badan. Menjanjikan penurunan berat badan selama 6 minggu program dengan seronoknya dan konsistent. Kebolehan Coach Farhan antaranya dapat membantu peserta yang mempunyai masalah kesihatan dan juga kecederaan yang memyukarkan anda untuk membuat rutin harian anda.

TESTIMONI :

Terdapat ramai testimoni yang berjaya dari JK1M musim 8 hingga musim 9, antaranya adalah Lotfi Hadi (gambar di atas), sertai jk1m kerana dinasihatkan doktor kerana mempunyai masalah berat badan juga “High Blood Pressure” , berat hari pertama 85kg dan peratus berat badan 30.5% selepas jk1m8 beliau berjaya turunkan sebanyak 7.5 kg selama 6 minggu, dan merupakan Johan JK1M musim8, dan meneruskan misi turun berat badan sehingga sekarang, dan berat beliau terkini adalah 67kg dan peratus lemak dalam badan 12% dan tiada lagi masalah berat badan mahupun Tekanan Darah Tinggi.

Untuk Tentatif Program 6 Minggu :

Minggu Pertama – Mengambil berat mengunakan “Inbody Analysis” merupakan mesin yang akan mengira Body Composition anda secara terperinci, dari sudut berat, otot, lemak dalam badan dalam kg juga dalam peratus, mesin ini juga merupakan kelebihan di kawasan Paka dan seterusnya disambung dengan “Nutrition Class” fokus on Pengiraan Kalori seterusnya menu ringkas diet. Untuk senaman pula,Anatomical Adaptation (Bodyweight Training) akan diapplykan supaya peserta akan biasakan badan dengan senaman berat badan sendiri dahulu sebelum teruskan dengan senaman yang lebih advanced.

Minggu Kedua- Functional Training, merupakan senaman yang unik untuk kawasan Paka, senaman yang mengunakan tali, tayar untuk senaman yang melibatkan otot keseluruhan badan dan akan membakar lebih kalori dan juga sangat seronok.

Minggu Ketiga – Weight Training dan juga Bodypump Class, weight training juga merupakan kebolehan bagi Coach Farhan untuk melatih otot secara detail dan boleh membantu pada mana yang ada kecederaan sebelum ini, ex. physio.

Minggu Keempat – Tabata Training dan Interval Training, sesuai selepas 3 minggu latihan, merupakan latihan yang berintensiti tinggi dimana akan memantapkan stamina peserta.

Minggu Kelima – Lebih kepada sesi yang menyeronokkan seperti Sukan Tradisional, dimana sukan seperti berlari dalam guni, mencari gula dalam tepung.

Minggu Keenam – TRX Training, dan mengambil berat terakhir peserta mengunakkan “Inbody Analysis” , dan juga dinner bersama peserta, kawasan Paka juga akan membanyakkan hadiah kepada pemenang lelaki juga perempuan yang akan diumumkan pada hari dinner tersebut.

Jika anda mahu turunkan berat badan dengan seronoknya, mari sertai JK1M Paka !

Q Dimanakah lokasi latihan akan dijalankan ?

Latihan akan dijalankan di Ajas Wellness Functional Gym, Pantai, Persisiran Pantai, Indoor Court dan sekitar Paka.

Q Berapa kali sesi latihan untuk seminggu dan jadual latihan ?

Sesi latihan sebanyak 3 kali seminggu.

Selasa (8pm)

Khamis (5.30pm)

Sabtu (8am/5pm))

Q Kelebihan Kawasan Paka ?

Selain dari Peserta JK1M Family yang supportive dan rapat, Team Paka juga terdapat mesin "Inbody Analysis" di mana mesin ini akan mengukur otot, lemak, visceral fat, bahagian otot dan lemak dan bnyak lagi.

Q Bagaimanakah coach boleh jamin saya akan turun berat badan sepanjang program ?

Coach akan menggunakan whatsapp sebagai media berhubung dengan cara peserta share imej makanan yang dimakan setiap kali waktu makan mahupun snacking dan setiap hujung minggu coach akan timbang semua peserta untuk menjamin penurunan, jika tidak turun kita akan kaji semula masalah yang dialami dan cuba selesaikan bersama.

Q Kebolehan Coach Farhan ?

Berkebolehan dalam menurukan berat badan dan juga pada masa yang sama membentuk otot supaya penurunan berat badan lagi cantik jika dibandingkan dengan penurunan berat semata, mata, keran berat agak general ,di kawasan Paka, saya lebih fokus on penurunan peratus lemak badan dari penurun berat badan dalam kilogram semata mata

2 Reviews for Coach Farhan

lotfihadi7949

1 Reviews

Favourite coach

5/ 5

What he does is to educate. Follow his diet plan and attend the forever fun workout session consistently. Leave it to him on the training part, he know what to do with your body. Rest assured you will see the significant result. I am proud to say that I am actually the living proof of his success as a fitness trainer/coach. I lost 16kg since I joined JK1M8 in February 2017 under him. That was the huge transformation I’ve been through so far. He is my favourite coach, Paan Roslen. So guys, come join the fun with Coach Paan in Paka.

Was this review ...?

nopeimnotahero91

1 Reviews

The Best!

5/ 5

As his saying ‘you can. end of story’. We made it thru the season 8 followed with months of further training. In case you are living, working etc nearby the area, sign up for guaranteed fun-filled days of bringing out the best (shape) in you!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:Peserta akan diberikan akses percuma ke Ajas Wellness Functional Gym Paka sepanjang 6 minggu program.
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Sukan Tradisional
  • Aktiviti Minggu 5:Marathon training
  • Aktiviti Minggu 4:Tabata Training, Interval Training
  • Aktiviti Minggu 3:Weight Training, Bodypump
  • Aktiviti Minggu 2:Functional Training
  • Activity Minggu 1:Ice Breaking, Diet Class, Anatomical Adaptation (Bodyweight Training)