Checkout Coach Kay (ladies only) Watch Video

Hai uols!!!! wanita2 yang ingin sihat dan cergas.

Saya seorang isteri dan mummy kepada 2 orang anak. Kawan-kawan di kalangan saya memanggil saya dengan gelaran SUPERMOM, QUEEN dan macam-macam lagi. Nak tahu sebab apa? selain saya menjalankan tugas dan tanggungjawab di rumah tetapi saya tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk membantu wanita-wanita di luar sana yang ingin kelihatan sihat dan cergas. Jangan sesekali kita gunakan alasan bekeluarga dan mempunyai anak membantutkan usaha untuk cergas. saya akan pastikan anak-anak saya ikut serta walau ke mana jua saya bergerak utk melakukan kecergasan. dan kini anak-anak saya juga turut aktif melakukan aktiviti kecergasan, mereka minat di dalam bidang zumba, badminton, taekwando dan berenang uols.
best kan bila mana kita dapat melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sebelum ini saya di kelilingi dengan kawan-kawan yang kaki makan. Bestkan dapat geng kaki makan, akibatnya saya mengalami kolestrol dan berat badan saya naik sehingga mencecah 70kg… (MAAF gambar tak le nak tunjuk sebab masa tu tak berhijab) hihihih…insya Allah bila kita da bertemu di dalam TEAM KAY SG PETANI saya akan tjuk berat badan saya ketika itu.

Dan kini saya telah mencapai berat saya yang ideal… alhamdulillah… hasil daripada amalan gaya hidup yang sihat dan melakukan aktiviti kecergasan.

Kerna itu lah saya ingin membantu anda bersama saya untuk kekal sihat dan terus aktif. Nak tahu macam mana? saya akan tolong uols cara yang betul untuk menurunkan berat badam dengan ilmu-ilmu yang saya pelajari semasa kursus-kursus kecergasan.

jangan risau uols, saya akan pastikan uols tak keseorangan dalam melakukan aktiviti kerna kita akan sedaya upaya untuk mewujudkan SISTEM KEKELUARGAAN di antara kita. TEAM SG PETANI akan memfokuskan kepada wanita-wanita shaja so tak de la uols nak segan silu bila melakukan aktiviti. tambahan pulak, saya mempunyai pusat kecergasan atau studio kecergasan sendiri (ladies only) ini lah kelebihan bila uols join TEAM SG PETANI sbb bila kita team wanita mudah untuk saya tunjukkan cara-cara aktiviti yang bersesuaian sekiranya anda mempunyai sakit lutut. so tak de lah nak malu kan? kita-kita jer…. jangan risau-risau uols…

memandangkan saya adalah instruktor atau ZIN aquazumba maka inilah aktiviti paling gempak dan sempoi untuk kita melakukannya… arghhh??? tak reti berenang? jangan risau uols, kita aqua zumba bukan berenang tapi melakukan aktiviti kecergasan dengan menggunakan rintangan air….. best gila uols….

KEJAYAAN DALAM BIDANG PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN
………………………………………………………………………………………………………………………………
saya pernah menjadi team leader untuk program jom kurus 1 malaysia #1, dan jom kurus 1 malaysia #2

Rekod kejayaan ketika JOM KURUS 1 MALAYSIA#8 adalah sebanyak 10kg dalam tempoh 6 minggu tanpa mengamalkan sebarang ubatan dan suppliment. best kan uols. setiap masa setiap hari saya akan bersama anda untuk membantu.

TAHAP PENDIDIKAN
……………………………………………………………………………………………………
Ijazah sarjana muda pengurusan kerja sosial dengan kepujian

KELAYAKAN KECERGASAN
…………………………………………………………………………………………………..
Kursus asas kecergasan tahap 1
kursus asas kecergasan tahap 2
kursus asas kecergasan akreditasi
jurulatih zumba
jurulatih aqua zumba
jurulatih sepenuh masa di kay fitness studio

mari lah kita pakat-pakat menjadi masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat dan menjalankan aktiviti kecergasan yang bersesuain.

Jangan tunggu lagi….. Let’s do this!! jika uols nak tahu lebih lanjut boleh direct whatsap kat saya tanpa segan silu yew….
019 4424300

……………………………………………………………………………………………………………………………….

Q di manakah program ini di jalankan?

sekitar sungai petani,
Kay Fitness Studio, Bandar Laguna Merbok
Swiss Inn Hotel
Bukit H, Taman Semarak
Amanjaya Sport arena
darulaman park

Q adakah program ini terbuka untuk lelaki dan wanita?

program untuk WANITA sahaja

Q sekiranya saya seorang pesakit kencing manis atau darah tinggi, adakah saya layak untuk menyertai aktiviti ini?

boleh tetapi dengan syarat mendapat kebenaran dan rujukan dari pakar perubatan

Q Adakah program ini berbayar

Ya yuran sebanyak rm350 untuk tempoh program selama 6 minggu

Q Boleh ke saya bawak anak kecil ke sesi latihan

boleh tetapi dengan syarat anda menyediakan permainan atau apa sahaja yang boleh menyebabkan mereka tidak mengganggu sesi senaman.

7 Reviews for Coach Kay (ladies only)

naddiasi73

1 Reviews

Saya nak sihat!!!

5/ 5

Badan rasa letih, mengantuk, tak bermaya. Blk kerja mesti nak tidur. Tekanan darah mesti kalau ambil 140/90 dan ke atas😞 Bacaan gula last ambil 11 😣 Risau dan takut semua dah dlm kepala. Aku perlu buat sesuatu… Alhamdulillah setakat ni sy dh berjaya turunkan berat badan sebanyak 12.5kg dgn berat permulaan 96.4kg melalui jk1m9. Baru2 ni sy buat pemeriksaan kesihatan bacaan semua dh normal. Rasa happy sgt2🤗🤗🤗… Terima kasih kpd ticer kay y byk membantu dan memberi sokongan. Keluarga jk1m9 anda semua adalah motivasi saya… Perjalanan sy masih jauh untuk ke arah gaya hidup y sihat. Jom… Jumpa kita di jk1m10…..

Was this review ...?

izazuki47

1 Reviews

Grateful

5/ 5

I have been eyeing on jom kurus program for a few years already, making the success stories my motivation to lose weight every.single.year though i have never had courage to join and that with every years that passed, even with motivation i kept on putting on weight instead of losing them. Thus i am forever grateful to ticer kay and kevin zahri that on this very year i finally joined jom kurus 1 malaysia #9 i have successfully lost 10kg (and still working towards normal bmi) as i now know motivation alone is not enough because you’ll also need knowledge, proper guidance and group support which is all this program had to offer. Therefore if you are like me who struggles to lose weight, I will definitely recommend you to join jom kurus. 👍🏼

Was this review ...?

zulsyara132519

1 Reviews

Berubah sebelum terlambat….😎

5/ 5

JK1M…..😌Program paling happening yang telah saya sertai…Dalam program selama 6 minggu ni banyak membantu saya dlm jadual pengambilan makanan dan senaman yg dilakukan… Penerangan yg diberikan oleh Ticer Kay sangat2 membantu dalam menurunkan berat badan. Program yg berlangsung juga penuh dengan aktiviti2 menarik..tidak terlalu terikat dgn hanya aktiviti senaman “high intensity” sahaja, dimana aktiviti2 digantikan dgn riadah2 seperti futsal, bola baling, dodgeball, badminton, bowling, sukaneka (happening kan)😎😎… Selain itu, Ticer Kay juga selalu memnantu peserta dalam menyediakan menu sihat bagi membantu badan dlm peningkatan metabolisme badan setrusnya dapat membantu dlm proses penurunan berat badan (main masak2 hokayyy😌😍)… Bagi yang ingin menyertai, serius sya katakan…memang tak rugi klu join..sbb sangat2 best, happening..(bukan nak bodek yea😉). Kelas pun sangat2 enjoy… Ok..daa

Was this review ...?

schatzlin7670

1 Reviews

Sangat Happening!

5/ 5

Dengan Ticer Kay, kita bukan sekadar kurus dan sihat. You get to be yourself. Saya rasa itu sgt penting. Cukup lah di rumah kita ibu dan isteri, di tempat kerja kita wanita yg komited, rajin dan menjadi sumber inspirasi. Bersama Ticer Kay, kita dapat beri masa untuk diri sendiri dan menjadi diri sendiri. tiada yang menilai. Jadi, tunggu apa lagi?

Was this review ...?

jannahbasari20

1 Reviews

Tak kenal maka tak CINTA, tak cuba maka tak tahu

5/ 5

Bermula dgn kurang keyakinan diri, sy tidak meletakkan ape2 harapan krn tidak pernah bjaya utk mengurangkan berat . Namun setelah join JK1M team Ticer KAY memberi azam baru utk kurus. Yang Pasti Janji ticer KAY tak kosong! Dengan bimbingan workout y mantop, ilmu pemakanan y detail, galakkan tak pernah putus2, tidak bosan menjawab pertanyaan dan aktiviti y sgt2 happening sehingga tidak sedar transformasi diri kearah y positif. Love u Ticer KAY. Dari ZERO to SuperMak Dari 68kg to 57kg

Was this review ...?

lemansarie62

1 Reviews

Program Yang Membantu Gaya Hidup Sihat

5/ 5

Jk1M8 sangat membantu saya melakukan perubahan terhadap gaya hidup seharian. Daripada makan minum sesuka hati ,saya belajar diet seimbang, senaman yang betul dan sesuai untuk berat dan usia seperti saya. Walaupun usia melewati 50-an saya cabar diri saya untuk sertai program ini dan atas dorongan instruktor serta peserta-peserta lain ,tempoh enam minggu dapat diselesaikan Bimbingan yang berkesan daripada instruktor ‘Teacher Kay’ meningkatkan keyakinan saya untuk terus menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh. Melalui program ini saya sedar bahawa kurus bukan matlamat utama tetapi menjadi sihat dan cergas adalah lebih diutamakan. Pengisian program juga cukup baik dan menarik walaupun agak mencabar untuk peserta seberat dan seusia saya. Namun dengan semangat dan dorongan semua saya berjaya melepasinya dan melalui enam minggu yang cukup menarik serta menggembirakan. Enam minggu yang sangat bererti dengan suntikan ilmu dan kekuatan semangat berkumpulan yang bukan sedikit. Terima kasih ‘Teacher Kay’ dan semua. Alamilah enam minggu yang menarik ini untuk anda menikmati hidup sihat cergas sepanjang masa.

Was this review ...?

ahshakireen51

1 Reviews

Journey of a lifetime

5/ 5

Ticer Kay sgt membantu dalam penjuangan saya menurunkan berat badan. Sentiasa bersemangat dan sangat mengambil berat tentang peserta JK1M sewaktu dalam program dan juga selepas program. Pelbagai teknik pemakanan dan senaman yang betul di ajar sewaktu dalam program. Amat tidak rugi untuk menyertai team TIcer Kay, yang penting class sentiasa happy dan just enjoy the moment menurunkan berat badan.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:AKTIVITI DI JALANKAN SETIAP SABTU DAN AHAD. SELAIN ITU TAMBAHAN AKTIVITI SETIAP ISNIN DAN RABU
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Dodge ball
  • Aktiviti Minggu 5:strength Training
  • Aktiviti Minggu 4:CIRCUIT TRAINING
  • Aktiviti Minggu 3:Hiking
  • Aktiviti Minggu 2:Aqua zumba
  • Activity Minggu 1:ice breaking, nutrition talk, weight management