HAI saya Coach Shikin, berumur 25 tahun. Berlatarbelakang bidang Sains Sukan (Sarjana Muda) di UiTM.
Berpengalaman mengendalikan program JOM KURUS sejak dari JK1M5 pada tahun 2015. Saya juga merupakan founder Queenfitness.

Adalah ‘passion’ saya untuk mengubah peserta dari segi berat ideal dan tahap fitness yang awesome. Saya bergiat aktif dalam bidang fitness ini sejak 3 tahun.
Ilmu fitness yg pernah dipelajari semasa di kampus telah saya gunakan sepenuhnya untuk peserta di bawah kendalian saya.

Saya mempunyai pengalaman mengendalikan kelas body fitness dan menggunakan peralatan di gym semasa berkerja sebagai full time personal trainer di salah sebuah gym di Kota Bharu.

Kejayaan peserta adalah kepuasan yang paling maksimum untuk saya. Peserta amat berpuas hati dengan penurunan berat sebanyak 15KG selama 6 minggu. Paling best apabila peserta pertama kali menyertai larian 5km dapat berlari tanpa lelah sepanjang jalan. Feedback begini yang membuatkan saya akan terus bersemangat mengubah lifestyle peserta. Dengan perubahan lifestyle lebih aktif juga, ada peserta dibawah kendalian saya akan menimang cahayamata tidak lama lagi setelah sekian lama menunggu, akhirnya (dengan izinNya) berita gembira ini hadir pada tahun 2017, dan kejayaan ini berterusan sehingga JK1M10.

Melihat semangat dan kesunggguhan peserta,  saya yakin bahawa mereka akan berjaya mencapai target masing-masing. Hal ini terbukti apabila dengan adanya  peserta BERJAYA mengurangkan berat badan sebanyak 50kg sepanjang perjalanan beliau dibawah kendalian saya.

Antara training program yang akan berjalan selama 6 minggu :
– Diet Plan
– Bodyweight Training
– Tabata Training
– Circuit Training
– Beach Bootcamp
– Tire Training
– Hiking
– Gym Session
– Fitness Combat

KEKUATAN UTAMA WORKOUT BERKUMPULAN
-support group yang kuat dan positif dari ahli yang lain
-plan pemakanan yang sihat
-aktiviti pada hari minggu
-berlainan aktiviti dan menarik
-home workout yang berkesan akan diberi
-pemantauan perjalanan peserta setiap minggu

Profile saya boleh dirujuk melalui akaun instagram @team_queenfitness, rebut peluang anda untuk menjadi sebahagian dari warga JK1M dan #teamqueenfitness.

IN THE PASSION OF MAKING PEOPLE LOOK GOOD, FEEL GOOD, LIVE GOOD.

Q Yuran berapa?

RM 280

Q Latihan di mana?

Di area Wakaf Che Yeh atau Sekolah Pendek (kg kota)

Q Pukul berapa?

Jam 8 -10 pagi hari Jumaat, Sabtu jah.

Q Berapa KG boleh turun dalam 6 minggu?

4 - 8KG

20 Reviews for Coach Shikin

eisyaadam232

1 Reviews

Impian jadi kenyataan

5/ 5

Nak kurussssssss…impian yg sukar dipenuhi dulu..kini smakin dkt utk digapai Dah cuba mcm2 cara selain exercise..ubat kurus??diet x betul??..nan hadoooo Bila dah join jk ni..baru tahuuu..laaa…bleh mkn nasi…bleh mkn mcm2..tp kena ada ilmu…workout pun kena ada ilmu..semuanya dot dlm jk ni..apatah lg kalu koc nya org hebat!!! Kepelbagaian jnis training..membuatkan kami x bosan..best giler rupanya berpeluh niii Tenkiut koc shikin & teammate Ure d best!!

Was this review ...?

sharifahshahirah19945

1 Reviews

Coach terbaik yang pernah saya kenal

Haiiii, saya salah seorang anak didik coach kin. Mula mengenali beliau Mac yg lalu dggn berat 126kg. Sepanjang tempoh 9bulan saya bersama berliau, bnyak ilmu yg saya dapat. Diajar cara makan yang betul, tidak perlu berlapar tapi boleh kurusss. Diajar cara exercise yg effective. Syukur dggn mgrtahui teknik2 yg betul, kini saya sudah brjaya loss sbyak 50kg. Perkara ini takan terjadi kalau saya tidak mgenali coach yg hebat sperti coach kin.🎊🎉🎊🎉

Was this review ...?

sitiathirahrosli58

1 Reviews

hati berbunga-bunga

5/ 5

terima kasih kepada coach kerana sudi melayan kerenah2 kesemua peserta ngan jaya nya…bukan senang utk menjayakan misi untuk turunkan berat badan tanpa makan ubat2 diet..dengan kata2 semangat dr coach sy dpt turunkan inci badan sy..tq coach..lain kali join lg…semangat membara

Was this review ...?

mariyah_199081

1 Reviews

RECOMMENDED COACH IN KB 💪💪

5/ 5

Recommended coach to train with. I first met CoachKin in JK1M9. Will continue d journey until I get my desired weight. Great training, superb coaching and very supporting coach. She will fill us with knowledge of eat clean and various types of exercises. The best thing is, this group is only for ladies.

Was this review ...?

dedekzulzaimi93

1 Reviews

Great coach❤️🖤♥️

5/ 5

Sebelum ni sy mengamalkan diet yg tidak betul.Selepas mengikuti program JK dgn coach kin,dia banyak memberi panduan cara diet yg betul.selain itu di tambah pula dgn aktiviti yg menarik yg dot membntu membakar kalori dan meningkatkan stamina sy. Tq coach♥️🖤♥️

Was this review ...?

afiqahfifio7

1 Reviews

coachkin the bomb

5/ 5

Mula mula bukan la join sbb nak kurus sangat, join sbb nak fit sebab selalu pengsan pitam tak de stamina jalan mall 5 minit penat. Sy kenal coach kin masa Jk1m9, dari cara makan sampai lah angkat tayar memang superb. Dari shomel bertukar menjadi kiut gara gara tunjuk ajar coach. Sebab coach mantop satu team gigih nak jadi fit disamping jadi lawoo selim melim. Jom join next Jk1m10. Jangan tengok aje terus WS coachkin yee 😍

Was this review ...?

izzatilaisya40

1 Reviews

Perjalanan masih jauh tapi bukan mustahil.

5/ 5

Perjalanan untuk kurus bukan mudah tapi dengan sistem support yg kukuh dan kuat InsyAllah semuanya bukan mustahil. Mula mengenali coachKin dr JK1M9 dn hilang 15kg dr berat asal spnjg program 6 mggu di bwh kelolaan coacKin. Cara diet yg betul(diet xperlu berlapar dn tinggalkn nasi) dn pelbgai aktiviti yg menarik spnjg program utk kita smua capai target masing2. Setiap perjalanan perlukan langkah pertama. Jom join jk1m bersma coachKin sebgai lngkah pertma anda.

Was this review ...?

malissalissa8329

1 Reviews

kockinsuky

5/ 5

koc kin terbaik..layanan dan tunjuk ajar dr koc sy sgt berpuas hati.perhatian dan pemantaun selalu berterusan walau kami sudah hbs program.tq koc.aktiviti yg menarik n kepelbagaian mmbuatkan kita tidak jemu

Was this review ...?

ssyamimiadlina74

1 Reviews

The best coach ever

5/ 5

Coach paling da best…mula kenal coach since jk1m9.. dengan senaman yang coach kin ajar dan cara pemakanan yg betul saya berjaya turun kan berat badan sebanyak 6 kilo lbh selama 6 minggu dan teammates yang supportive antara satu sama lain menaikkan lg semangat kita untuk menurunkan berat badan.. takkan menyesal berada bawah koc kin💪🏻💪🏻💪🏻

Was this review ...?

dia_dds84

1 Reviews

Coach terbaik

5/ 5

Bermula pada jk1m 9 yang terbaik. Berjaya turunkan 6 kg bawah bimbang Coach Ashikin. Seorang coach yang baik dan prihatin. Alhamdulillah sudah lama saya cari team yg perempuan sahaja akhirnya jumpa. In shaa Allah ada teruskan perjuangan dalam Jk1m 10 untuk mencapai berat yg di impikan bawah Coach ashikin.

Was this review ...?

hazliensani200642

1 Reviews

Coach comel yg paling awesome

5/ 5

Sy mengenali coach kin sejak awal thn 2017 dlm jk1m8..dari saiz m kini sudah saiz xs..plg best dpt belajar ilmu kesihatan dan cara makan eat clean..dulu sy susah utk minum air secukupnya tp sjk join aktiviti fitness ni,skg tiada lg masalah..skg sy makin fit dan mempunyai stamina yg sgt baik..walaupon sy dah mencapai berat ideal,tp sy masih mengikuti kelas coach kin..beliau seorang yg berdedikasi dan sgt supportive..dpt jumpa teammates yg bermotivasi dgn misi yg sama menyebabkan sy rasa lebih bersemangat utk terus mengikuti kelas fitness di bawah tunjuk ajar coach kin..jom join kelas coach kin..anda tidak akan merasa rugi..

Was this review ...?

hanimyasin_7760

1 Reviews

Coach cool result gempakkk

Bermula dgn angan2 target berat 55kg utk dicapai di usia 40…. jaga makan tapi masih tak ada result yg gempak… mula menjejaki kaki ke gym tapi result nannn adoo… bila mengenali coach shikin di usia 40 stamina mula meningkat body ase fit kerana coach guide dgn cara tersendiri… sempoi dan hebat……. yg pasti 1 team semua perempuan itu lagi hebat…. tq coach kin

Was this review ...?

mafazlianaismail31

1 Reviews

Tiada jalan singkat

Dalam hidup tiada jalan singkat, begitu juga perjalanan untuk menjadi lebih cergas dan sehat.. Kalau sesat dalam mencari tips utk sihat, اءن شاءالله coach syikin akan suluh anda ke jalan yang benar dengan pengalaman dan ilmu yang beliau miliki.. beliau akan tunjukkan cara2 senaman yang betul, mengkaji setiap peserta dan tahu apa yang diperlukan untuk setiap individu.. Kalau berat anda tak turun, coach syikin lah orang yang pling risau.. 👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿👍🏿 Terbaik

Was this review ...?

misz_uda62

1 Reviews

MISI KURUS BERMULA DENGAN JK1M8

5/ 5

Mula sedar berat b’tmbh. Sy nekad utk sertai JK1M8 bersme cockin.Dgn bantuannya kini sy dh hilang berat badan 12kg.Dgn cara amalkan diet yg seimbang dan exercise yg plbagai.Dan blh dilakukan di rumah. Mmg awesome. Tq cockin 😘

Was this review ...?

hanie_rockers4

1 Reviews

amalkan gaya hidup sihat bersama coachkin

3/ 5

alhamdulillah sy dh berjaya mnurunkan berat badan sbyak 15kg bermula dgn personal trainer strusnya jk1m season 8..skarang sy rsa ckop puas dgn life sy..time kasih kockin ats sgalanya..skrang sy dpt bdikari sdikit sbyak ats ilmu yg dikongsikn semasa program…dan sy respek dgn coachkin sbb guide sy dgn pnuh disiplin.

Was this review ...?

fiezan37

1 Reviews

Mulakan Langkah Pertama Untuk sihat dengan Coach Shikin

5/ 5

Saya adalah peserta JK1M8 bersama Coach Shikin. Menyertai JK1M8 merupakan perjalanan untuk hidup sihat melalui pemilihan makanan yang berkhasiat dan senaman yang berkesan. Coach Shikin telah membimbing saya untuk melakukan senaman yang pelbagai dan menyeronokkan. Perjalanan untuk hidup sihat harus bermula sekarang dan daftarlah dengan Coach Shikin kerana pengalaman dan ilmu yang Coach Shikin ada dapat membantu peserta menurunkan berat badan dan mengekalkan momentum yang positif.

Was this review ...?

sshahirah1491

1 Reviews

Coach terbaik

5/ 5

Syukur teramat dapat mengenali coach shikin. Kini sudah kali ketiga saya menyertai program fitness yang beliau anjurkan, dan hasilnya amatlah mengagumkan. Beliau tidak lokek dalam menabur ilmu kepada semua peserta. Diajar cara pemakanan dan exercise dengan betul dan disertai dengan aktiviti aktiviti yang menarik membuatkan kita berasa seronok dalam mengharungi misi yang dikejar. Sifat supportif yang dimiliki oleh beliau membuatkan kita berasa selesa jika bersama dengannya. Thankyou coach for guide me to be more healthy😘

Was this review ...?

wansukrina90

1 Reviews

Coolest Coach Everr

Banyak yg sy belajar dr coachKin. Biasa sy g gym, sy suka tgk post instagram psl body workout, tapi bila ade guide dari coach depan mata kita, dia boleh betulkan yg mana salah, posture badan, repetition dan timing. So byk boleh belajar. Memandangkan coachkin juga dlm bidang sains sukan menjadi kelebihan utk ilmu lebih mendalam. Terima kasih coach.

Was this review ...?

CoachSue

4 Reviews

Coach yg sweet

5/ 5

orang sekitar wakaf che yeh harus join dengan Coach Kin yg sweet dan tegas orgnya…

Was this review ...?

nadia

5 Reviews

PERJALANAN KURUS NAD BERMULA DISINI

5/ 5

Hai, disinilah bermula perjalanan kurus Nad. Menyertai JK1M5 tahun 2015 dibawah bimbingan Coach Shikin selama 6minggu. Berjaya turunkan berat badan sebanyak 8kg. Terus dapat top 3 dalam team. Hasil dari didikan Coach Shikin, Nad disokong oleh beliau untuk dlantik menjadi Team Leader. Dan sekarang masih teruskan ‘journey kurus’ tapi bukan sebagai peserta. Sekarang as a Team Leader di kawasan TANAH MERAH. Thanks Coach Shikin ilmu yang baik, berkat, memang patut diteruskan dikongsi bersama. Lov u. #teamauranad

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM280

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 5:BEACH BOOTCAMP
  • Aktiviti Minggu 4:GYM SESSION
  • Aktiviti Minggu 3:HIKING
  • Aktiviti Minggu 2:TABATA TRAINING
  • Activity Minggu 1:CIRCUIT TRAINING
  • Aktiviti Minggu 6:SAQ TRAINING