Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya perkenalkan diri saya dengan serba ringkas, nama saya Syuriamaya Abdul Shukor genap usia saya 37 tahun pada tanggal 9 April 2018. Saya berkelulusan Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam Selangor. Menpunyai minat dalam bidang sukan dan kesihatan sejak dibangku sekolah lagi. Saya menimba pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan latihan kecergasan, sukan dan kesihatan umum. Tujuan saya menyertai sebagai Teamleader Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-9 dan Ke-10 adalah demi memberikan khidmat kepada masyarakat dalam menjadikan gaya hidup sihat dan persekitaran yang positif kepada ahli keluarga, sahabat dan generasi akan datang. Diharapkan semua pihak mengambil peluang dalam menjayakan program ini. Bersama kita jaga kesihatan dan tunjukkan kasih sayang dalam kehidupan yang Tuhan pinjamkan sementara untuk kita semua.

Q Berapa kali Latihan yang telah ditetapkan?

Latihan Tetap 2 kali seminggu

Peserta Wanita sahaja
Jumaat 7.30am-9.30am
Sabtu 8.00am-10.00am

Peserta Lelaki sahaja
Jumaat 5.00pm-7.00pm
Sabtu 4.00pm-6.00pm

Peserta Campuran Lelaki dan Wanita (e.g Pasangan Suami dan Isteri atau Adik Beradik)
Isnin 5.30pm-7.00pm
Rabu 5.30pm-7.00pm

Q Adakah Latihan Sesuai untuk Beginner dan Peserta Ulangan?

Ya, nasihat dan tunjuk ajar akan diberikan sepanjang latihan untuk kefahaman dan latihan yang berkesan kepada semua peserta

Q Adakah mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan rekod kecederaan sesuai menyertai?

Peserta wajib memaklumkan Teamleader sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan rekod kecederaan. Peserta perlu mendapatkan salinan laporan perubatan serta surat kebenaran doktor untuk menjalani latihan ini. Latihan akan dirangka mengikut kesesuaian individu sekiranya perlu.

Q Adakah Latihan Bersesuaian untuk umur bawah 16 tahun atau melebihi 50 tahun?

Peserta bawah umur 16 tahun perlu daftar dan datang latihan bersama penjaga/ibubapa. Manakala Peserta yang melebihi umur 50 tahun perlu mendapatkan laporan perubatan dan surat kebenaran doktor untuk menjalani latihan ini.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:Perubahan jadual atau tambahan aktiviti mengikut persetujuan bersama antara Teamleader dan Para Peserta
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6: Latihan Ohlimpik Team dan Seminar Bersama Kevin JK1M Musim 10
  • Aktiviti Minggu 5:Senaman Terapi dalam air dan Aquarobik
  • Aktiviti Minggu 4:Ujian Kecergasan dan Metafit
  • Aktiviti Minggu 3:*Aktiviti Sukan Rekreasi dan Semangat 'Buddy System' * Pengenalan Sukan Frisbee
  • Aktiviti Minggu 2:*Bengkel Asas Senaman Kardio dalam 'Mixed Martial Art' (MMA) * Belajar mengira pengambilan kalori mengikut keperluan individu
  • Activity Minggu 1:*Kumpul dan Rekod Maklumat Peserta * Pengenalan Jenis-Jenis Senaman Mengikut Komponen Kesihatan dan Kecergasan Umum