Assalamualaikum semua.

Saya Dr Hj Fadzlan Zamalin,merupakan Residen Doktor Poliklinik Dr Azhar dan Rakan2 cawangan  Kelulut Marang.

Walaupun saya seorang Pegawai Perubatan,namun saya juga pernah mengalami masalah berat badan (BMI 30) dan pernah didiagnosa sebagai penghidap kencing manis peringkat 1 pada usia semuda 30 tahun!!!Hal ini sudah tentu disebabkan oleh kaedah pemakanan yang tidak terkawal dan juga kurangnya aktiviti senaman.

Alhamdulillah Allah swt menyayangi saya dan ditunjukkan jalan untuk kembali sihat dan fit. Kini saya telah mengetahui plan dan protokol bagaimana untuk mengurangkan berat badan dan seterusnya mendapat bentuk fizikal yang saya idamkan.  Tiada isu “rebound” atau “Yo-Yo effect” jika menggunakan protokol ini sebaik-baiknya.

Saya juga telah didiagnosa bebas kencing manis setelah menggunakan plan dan protokol ini secara konsisten*

Tidak perlu supplement dalam program saya. Yang ada hanyalah protokol  yang penting untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sistematik. Pada pandangan saya tanpa plan dan protokol yang betul,sukar untuk kita konsisten dalam usaha menurunkan berat badan.Jika turun pun sangat senang untuk “rebound” dan kembali kepada berat asal.

Saya sebagai Team Leader Kuala Terengganu akan terus mendidik anda untuk sentiasa sihat dan fit, dan mencapai bentuk badan dan kesihatan yang anda idamkan insyaallah

*Bagi kes kencing manis peringkat kedua dan seterusnya,selain daripada pengawalan pemakanan dan senaman,ubat-ubatan juga perlu diambil sebagaimana yang disyorkan oleh doktor anda.

*Bagi yang berpenyakit,anda akan mendapat pemantauan kesihatan secara langsung daripada saya sendiri

Q Saya ingin sertai tapi bagaimana?

Daftar di sini atau hubungi klinik saya (Poliklinik Dr Azhar) di talian 01139258440 .Whatsapp adalah sangat digalakkan

Q Di manakah kelas dan latihan akan diadakan?

Taman Awam Batu Buruk

Q Berapa kali aktiviti dalam seminggu?

Aktiviti akan dijalankan setiap pagi Sabtu iaitu jam 7.30 pagi sehingg 9.30 pagi,
Walaupun begitu peserta diminta membuat "homework"yang diberikan setiap hari

Q Sekiranya saya berpenyakit, contohnya Asma atau kencing manis,bolehkah saya menyertai program ini?

Boleh.Saya sendiri sebagai doktor akan memantau dan menilai aktiviti yang sesuai untuk Tuan/Puan

Q Apakah yang akan saya pelajari sepanjang program ini berlangsung?

Anda akan belajar Protokol Pengurangan Berat Badan yang sistematik yang agak sedikit berbeza dengan program-program yang lain, tapi mudah untuk diamalkan.
Anda akan belajar Protokol Pengurangan Berat Badan yang sistematik yang agak sedikit berbeza dengan program-program yang lain, tapi mudah untuk diamalkan.
Antara yang akan dipelajari termasuklah:
1) Calory Counting
2)Calisthenics untuk weight loss
3)Cara untuk meningkatkan metabolisma dalam badan secara semulajadi

Q Adakah saya pasti boleh menurunkan berat badan menggunakan protokol yang doktor sediakan?

Saya telah menggunakan protokol saya ini untuk Program Pengurusan Berat Badan selama 3 tahun berturut,dan hampir semua peserta mengalami penurunan berat badan.
Alhamdulillah salah seorang daripada peserta saya untuk JK1M9 bernama Syamirul berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21kg dalam tempoh 6 minggu menggunakan protocol yang saya ajarkan.
Sejauh mana penurunan berat badan itu bergantung kepada sejauh mana Tuan/Puan menggunakan protokol yang diberikan.

Q Bolehkan Dr coach saya melalui whatsapp sahaja tanpa saya perlu hadir ke kelas?

Kunci kekuatan dan kejayaan program saya terletak di dalam ilmu yang akan saya ajarkan dalam kelas saya. Saya harus menilai sendiri kefahaman peserta-peserta saya setiap minggu.Hanya dengan kefahaman 100% sahaja peserta mampu meneruskan pengurusan berat badan sendiri walaupun sudah tamat tempoh program dengan saya.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:2.4KM JOG,CALISTHENICS(BEGINNER)LESSON 6
  • Aktiviti Minggu 5:2.4KM JOG,CALISTHENICS(BEGINNER)LESSON 5
  • Aktiviti Minggu 4:2.4KM JOG,CALISTHENICS(BEGINNER)LESSON 4
  • Aktiviti Minggu 3:2.4KM JOG,CALISTHENICS(BEGINNER)LESSON 3
  • Aktiviti Minggu 2:2.4KM JOG,CALISTHENICS(BEGINNER)LESSON 2
  • Activity Minggu 1:2.4KM JOG,CALISTHENICS(BEGINNER)LESSON 1