COACH FREY

Certified Fitness Instructor NASC,

Certified Gym Instructor NASC,

Fat-burn Extreme Instructor (FBX)

Certified Intermediate Strength and Fitness Conditioning Coach (Malaysia Bodybuilding Association).

Meal-Prep & Sport Nutrition Programming NASC.

Latar belakang

Pernah mencapai berat sekitar 78kg dengan ketinggian 161cm & sekarang kekal dengan berat 63kg selepas 2 tahun mengamalkan hidup seimbang

Aktif dalam bidang kecergasan sejak 3 tahun lepas, kerap membuat senaman secara terbuka di sekitar kawasan Taman Awam Likas.

Pernah mengendalikan beberapa program kecergasan dengan kerjasama agensi swasta dan kerajaan. Para peserta di bawah kendalian beliau menunjukkan keputusan yang positif.

Coach Frey seorang yang fleksibel, ceria tetapi tegas dalam pendirian beliau.  Penekanan terhadap disiplin sentiasa menjadi aset utama dalam kerja berpasukan, di samping nilai kerjasama antara peserta dijadikan sebagai teras persefahaman dalam kumpulan. Konsep beliau “tidak ada yang mustahil”  membuatkan perjalanan kecergasan menjadi lebih bermakna.

JK1M-10

Sertai JK1M di bawah kendalian Coach Frey bagi kawasan Alamesra, Sabah untuk pengalaman berbeza dalam musim ke-10 ini. Latihan, senaman & panduan akan diberikan secara berkala mengikut perkembangan semasa para peserta. Aktiviti bonus seperti “hiking” juga akan diadakan mengikut persetujuan kumpulan. Selain dari itu, cadangan hidangan seimbang (meal-plan) juga akan diberikan dari masa ke semasa.

JK1M Alamesra tidak menjual atau mengsyorkan apa-apa jenis produk kesihatan.  JK1M Alamesra juga melarang mana-mana peserta di bawah kendalian Alamesra untuk menjual, membuat promosi atau mengsyorkan mana-mana produk kesihatan sama-ada secara lisan, bertulis atau melalui mana-mana media cetak atau elektronik kepada peserta. Sekiranya terdapat aktiviti sedemikian, tindakan akan diambil dan diusulkan kepada pihak pengurusan JK1M untuk tindakan susulan.

 

Salam daripada saya, Coach Frey & Team Alamesra Fighters, mengalu-alukan anda untuk menyertai kami pada musim ini. Program ini bermula pada 27th Januari 2018 dan akan berlangsung sepanjang 6 minggu.

JUMPA ANDA DI KICK-OFF!!!

Q Apa itu Bodyweight Training (latihan berat badan)?

Latihan berat badan adalah latihan latihan kekuatan yang tidak memerlukan berat atau mesin percuma kerana berat badan individu memberikan ketahanan terhadap graviti. Diakui bahawa latihan berat badan boleh meningkatkan pelbagai kebolehan biomotor termasuk kekuatan, daya, daya tahan, kelajuan, fleksibiliti, koordinasi dan keseimbangan. Latihan kekuatan jenis ini telah berkembang popular untuk kedua-dua atlet rekreasi dan profesional, dengan pelbagai disiplin sukan menggunakan latihan ketahanan berat badan sebagai sebahagian daripada program kecergasan mereka.Latihan berat badan menggunakan kebolehan mudah seperti menolak, menarik, berjongkok, membongkok, memutar dan menyeimbangkan. Pergerakan seperti push-up, pull-up, dan sit-up adalah sebahagian daripada latihan berat badan yang paling biasa.

Q Adakah saya perlu makan lebih sedikit untuk membakar lemak?

Defisit kalori adalah "sihir" di belakang penurunan berat badan (atau pembakaran lemak jika anda suka). Defisit kalori adalah keadaan di mana anda membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan. Lebihan kalori adalah bertentangan dengan defisit: keadaan di mana anda mengambil lebih banyak daripada yang dibakar. Semasa lebihan kalori, tubuh dipaksa untuk menangani tenaga tambahan (perbezaan antara berapa banyak yang anda makan dan terbakar). Jika anda mengambil 3,000 kalori tetapi hanya membakar 2,000, tubuh perlu melakukan sesuatu dengan tambahan 1,000 kalori (3,000 - 2,000 = 1,000 lebihan kalori tenaga). Tenaga tidak hanya hilang; ia sama ada digunakan atau disimpan. Tanpa jumlah aktiviti fizikal yang mencukupi, tubuh menyimpan lebihan tenaga sebagai lemak yang membawa kepada peningkatan berat badan.
Lebihan kalori adalah penyebab lemak / berat badan yang tidak diingini. Sebaliknya lebihan (defisit kalori) adalah penyelesaiannya. Defisit kalori memaksa badan menggunakan sumber tenaga bukan makanan, dengan kata lain, lemak badan.

Q Sebagai peserta, apa yang perlu saya buat semasa program ini?

Just Enjoy! Elakkan diri daripada stress. Kita bersenam & pelajari teknik senaman yang efektif. Kenali rakan-rakan seperjuangan agar anda tahu anda tidak keseorangan dalam program ini.

Orang Sabah bilang "BOLEH BAH KALAU KO!"

Q Sebarang pertanyaan?

Hubungi saya 0165825188 - Whatsapp pun ok..saya suka reply Whatsapp

Q Untuk sepanjang 6 minggu ini,

Sesi "mealplan" akan disediakan tetapi perlu dibincangkan dari masa ke semasa. Ini mengambil kira keperluan peserta yang mana kemungkinan alah terhadap sesuatu makanan.

Q Berapa kali saya perlu hadir untuk sesi bersenam dalam seminggu?

Soalan yang baik, saya syorkan 3-4 kali seminggu tetapi sesetengah peserta mampu 5 hari dalam seminggu. Erti kata lain, ini bergantung kepada kelapangan masa dan kemampuan fizikal peserta sendiri. Sekiranya peserta tidak dapat hadir, boleh lah untuk membuat senaman di rumah.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Fokus pada Bodyweight Circuit Training/HIIT, Fatburn Extreme Workout,(Bacaan berat & komposisi badan diambil pada Hari Isnin) + Outdoor Workout pada Hari Ahad
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Bodyweight Circuit Training/HIIT, Fatburn Extreme Workout, Fitdance & KPopXFitness (Bacaan berat & komposisi badan diambil pada Hari Isnin) + Outdoor Workout pada Hari Ahad
  • Activity Minggu 1:Pengenalan kepada JK1M 10. Ketahui komposisi badan, asas-asas senaman, diet secara seimbang serta jadual sepanjang 6 minggu bersama team Alamesra.
  • Aktiviti Minggu 5:Fokus pada Bodyweight Circuit Training/HIIT, Fatburn Extreme Workout,(Bacaan berat & komposisi badan diambil pada Hari Isnin) + Outdoor Workout pada Hari Ahad
  • Aktiviti Minggu 3:Jom Hiking! Tapi senaman & pemakanan lain kita tetap teruskan seperti Bodyweight Circuit Training/HIIT, Fatburn Extreme Workout, Fitdance & KPopXFitness untuk maksimumkan penurunan berat badan (Bacaan berat & komposisi badan pada Isnin), manakalau Outdoor Workout pada hari Ahad
  • Additional Program Notes:Kepada peserta yang mempunyai isu-isu kesihatan, jangan segan untuk berkongsi dengan team leader agar langkah berjaga-jaga boleh diambil sepanjang tempoh JK1M berlangsung. Bacaan komposisi badan (berat, peratus air & lemak badan, jisim otot dalam badan etc) akan diambil pada Isnin setiap minggu.
  • Aktiviti Minggu 6:Free & easy week, Hiking + Fitdance + KpopXFitness