Salam semua warga Kuala Pilah. Alhamdulillah kami sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi team leader untuk JK1M edisi ke-10 ini.

Berita baik bagi penduduk Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya. Kami akan mengadakan group workout yang akan berlandung selama 6 minggu.

Sepanjang program JK1M ini, kami akan ajar anda cara untuk bersenam dan diet yang sesuai bagi membolehkan anda mencapai misi penurunan berat badan. Anda tak perlu berlapar dan yang penting boleh makan NASI!

Kami akan mengadakan aktiviti indoor dan outdoor. Antaranya fitness dance, aerobik, aqua, hiking, HIIT training dan macam-macam lagi.

Siapa Harith & Hafiz & Fina?

Kami merupakan team promoter kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugas kami adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif selain mengajar cara untuk menguruskan berat badan.

Antara sijil yang kami miliki:

-Sijil sains sukan tahap1

-Basic sport nutrition

-Sijil senamrobik tahap 1

Fina juga merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam sukan taekwan-do. Beliau merupakan seorang yang aktif bersukan dan bersenam. Fina juga seorang ahli fisioterapi. Dia akan memberi tunjuk ajar cara untuk bersenam dan cara bagi mengelakkan kecederaan semasa bersenam. 

Hafiz pula adalah bekas peserta JK1M season 5. Dia telah berjaya menurunkan berat hampir 40kg. Dia akan berkongsi cara pemakanan yang di amalkan dan juga tips untuk sentiasa fokus di dalam perjalanan weightloss anda.

Pengalaman kami dalam weightloss program:

  • Trainer untuk program 10 kg 10 minggu anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Team leader bagi season 8,9 dan kini 10.
  • Trainer untuk program Go Fit Don’t Quit untuk jururawat

Jadi tunggu apa lagi. Banyak yang kami ingin kongsikan bersama anda jika anda memilih untuk kurus dengan sihat, tanpa supplement dan yang penting kurus dengan makan nasi. Cepat-cepat daftar bersama kami. InsyaAllah berbaloi duit yang anda laburkan untuk ilmu yang akan diperolehi.

 

Boleh hubungi kami untuk pertanyaan:

harith : 0198512350

fina:0136331781

Q Berapa kali sesi latihan akan diadakan dalam seminggu?

Sesi latihan akan diadakan 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa danSabtu.

Q Di manakah sesi latihan akan diadakan?

Sesi latihan akan diadakan di Kompleks Belia Sukan Kuala Pilah dan kawasan sekitar Kuala Pilah.

Q Berapa anggaran masa bagi satu sesi laihan?

Sesi latihan akan mengambil masa dalam 1 ke 2 jam.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Aerodance, HIIT
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:BodyCUN workout, FUN FITNESS DANCE
  • Activity Minggu 1:Introduction to fitness , fit test, calorie counting
  • Aktiviti Minggu 5:Minang warrior fitcamp
  • Aktiviti Minggu 3:Resistance band workout
  • Additional Program Notes:Sesi workout akan dilakukan sekitar kawasan Kuala Pilah. 2 sesi seminggu. We do indoor and outdoor activities.
  • Aktiviti Minggu 6:Jom Tawan Gunung Itu!!