Program ‘ Strong body , Healthy Mind ‘

Nama saya Muhammad Faizul Asyraf. Saya salah seorang daripada Team Leader baru untuk Program Jom Kurus bagi tahun 2018. Saya berasal daripada Pulau Pinang dan sekarang menetap di Kedah. Saya mula berminat dengan Fitness sejak zaman sekolah lagi tetapi serious bermula semasa melanjutkan pelajaran di salah sebuah Politeknik di Malaysia. Saya juga mempunyai kelulusan sebagai seorang Fitness Instructor. 

Saya tiada pengalaman dalam mengendalikan peserta secara berkumpulan jadi platform Jom Kurus ini adalah sebagai permulaan untuk saya mengembangkan bakat saya dalam bidang Fitness ini. Sebelum ini, saya hanya membuat online coaching kepada klien yang memerlukan khidmat weight loss ataupun untuk menambahkan otot.  Cara online coaching ini bagi saya amat mudah untuk dijalankan kerana menjimatkan masa dan memberi peluang kepada rakan rakan social media yang berada jauh dari saya. 

Objektif saya untuk program Jom Kurus kali ini adalah untuk mengubah persepsi masyarakat tentang latihan bebanan ataupun mengangkat bebanan badan sendiri yang selalu dikatakan hanya untuk nampak sado sahaja di pandangan masyarakat. Selain itu, saya ingin memberi pendedahan tentang kepentingan latihan bebanan kepada kehidupan seharian kita . Tambahan lagi, saya ingin membantu mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya menjaga pemakanan dalam kehidupan kita. Fokus utama saya adalah Resistance / Body Weight Training dan juga pemilihan makanan dalam kehidupan seharian kita. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk membina otot mahupun hanya sekadar fit sahaja untuk cergas dalam melakukan aktiviti seharian, boleh pilih saya sebagai Team Leader anda untuk Jom Kurus kali ini. Strong Body Healthy Mind 😀

Q 1. Program ini sesuai tak untuk orang yg dlm kategori obese ?

Program ini disediakan mengikut kepada pergerakan yg berbeza bergantung kepada fizikal peserta. Latihan secara asas akan diberi untuk peserta yang memerlukan .

Q 2. Apakah beza Circuit Training dengan HIIT ?

Untuk circuit training saya lebih menumpukan kepada teknik untuk sesuatu exercise supaya dijalankan dengan betul untuk otot yang disasarkan. Manakala HIIT saya lebih menumpukan kepada intensity training dari segi masa rehat dan juga kemampuan stamina peserta untuk aktiviti yang dijalankan.

Q 3. Apakah itu Frisbee ?

Frisbee adalah satu jenis sukan secara berkumpulan yang tidak melibatkan sebarang 'body contact' sesama peserta semasa bermain. Ia hanya menggunakan cakera sebagai alat utama permainan. Sesuai untuk semua peringkat umur. Frisbee ini adalah salah satu acara untuk #ohlimpik program jom kurus pada musim ini

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300.00

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:HIIT Training / Frisbee Training
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:HIIT Training
  • Activity Minggu 1:Program Briefing / Body Weight Training
  • Aktiviti Minggu 5:Circuit Body Training / Frisbee Training
  • Aktiviti Minggu 3:Circuit Body Training
  • Additional Program Notes:Tips pemakanan dan menu sihat yang ideal akan diberikan kepada peserta mengikut keperluan program
  • Aktiviti Minggu 6:Total Body Weight Advanced Circuit Training / Frisbee Training