Norjumawati Sabran atau lebih dikenali sebagai Coach Juma merupakan Team Leader bagi kawasan Parit Buntar, Perak. Coach Juma merupakan seorang graduan pelancongan dan mempunyai pelbagai pengalaman dalam aktiviti penyelidikan sains sosial, sangat meminati bidang kecergasan serta kini aktif dalam aktiviti larian.

Walaupun baru berjinak – jinak dalam dunia kecergasan, semangat untuk berkongsi ilmu kecergasan dan pengalaman mempunyai berat badan yang berlebihan serta pernah membantu kawan – kawan menjalani gaya hidup yang sihat telah mendorong Coach Juma untuk terlibat dalam program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang diasaskan oleh Coach Kevin Zahri.

Pengalaman berat badan yang berlebihan telah memberi kesedaran kepada Coach Juma untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan cergas. Ini bermula dengan 80% pemakanan sihat dan 20% senaman yang betul serta berterusan telah mengubah persepsi Coach Juma bahawa “small changes can make a BIG difference”. Dalam masa 8 bulan, Coach Juma telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg hasil dari usaha dan motivasi yang berterusan untuk mencapai berat yang lebih ideal. Hasil kejayaan tersebut telah memberi keyakinan kepada Coach Juma untuk membantu kawan – kawan rapat dan peserta JK1M9 (musim lepas) untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Sepanjang mengendalikan program JK1M9, pelbagai pengalaman dan aktiviti yang telah dianjurkan kepada peserta di Parit Buntar dan kawasan yang berdekatan dengannya.

Sepanjang 6 minggu program JK1MX yang akan belangsung, Coach Juma akan berkongsi ilmu tentang cara pemakanan yang betul, diet seimbang, teknik senaman atau ‘workout’ yang berkesan dan banyak lagi. Di samping itu, kumpulan sokongan atau ‘support group’ sesama peserta amat penting kerana akan memberikan motivasi, inspirasi dan semangat kepada peserta lain supaya dapat membantu mereka meneruskan perjalanan menguruskan badan serta gaya hidup yang lebih sihat.   

Coach Juma berharap dapat mempelbagaikan lagi aktiviti pada musim ini dan menambahkan lagi pengalamannya dalam bidang kecergasan di masa hadapan serta membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia (khususnya warga Parit Buntar dan kawasan sekitar yang berdekatan) menjadi lebih sihat dan cergas.    

Sudah bersedia???

Daftar sekarang!!!

Untuk pertanyaan lanjut, sila whatsapp; 011 – 3665 8153

“SMALL CHANGES CAN MAKE A BIG DIFFERENCE”

Q Berapa lama program in akan berlangsung?

Cabaran Jom Kurus ini hanya akan berlangsung selama 10 minggu (4 minggu online coaching dan 6 minggu 'workout' bersama - sama) Januari - Mac 2018.

Q Di mana program ini akan berlangsung?

Program ini akan dijalankan di kawasan sekitar Parit Buntar dan kawasan yang berdekatan dengannya.

*tertakluk kepada keadaan

Q Adakah program ini akan berlangsung setiap hari?

Tidak. Program rasmi hanya akan dijalankan pada hujung minggu sahaja. Namun begitu, aktiviti tambahan yang akan berlangsung bergantung kepada keadaan.

Q Saya berminat, macam mana nak join?

Sila hubungi fb atau whatsapp saya di 011 - 3665 8153

4 Reviews for Juma Sabran

isa.abdullah56

10 Reviews

Terbaek dari Team Parit Buntar!

5/ 5

Jom bersama Jum.. cabar diri jom kurus bersama Juma di Parit Buntar. Sihat, cergas dan slim dengan ilmu yg betul. Kepp it up!

Was this review ...?

syiedazim86

13 Reviews

Parit buntar tunggu apa lagi moh kome!

2/ 5

Tl wanita yg nampak sporting, dan mempunyai semangat utk membantu peserta beliau!! Kipidap tl parit buntar, jadikan tl korang sebagai spirit dlm journey anda!!!

Was this review ...?

azizuladdhar11

4 Reviews

Ayuh jom sihat

4/ 5

Berita baik utk org parit buntaq. Tak de dah alasan kata jauh untuk bersenam. Jom register!

Was this review ...?

syafikha59

13 Reviews

Warm and welcoming

5/ 5

TL look friendly, warm and welcoming.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:F2F: Rock Your Body!!!
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:F2F: Step it Up!!!
  • Activity Minggu 1:F2F: Fuel & Fitness!!!
  • Aktiviti Minggu 5:F2F: Strength & Strong!!!
  • Aktiviti Minggu 3:F2F: Fitness on Fire!!!
  • Additional Program Notes:Sebarang aktiviti tambahan dalam program akan dibincangkan dari semasa ke semasa.
  • Aktiviti Minggu 6:F2F: Live Well!!!