Niatkan hati, motivasikan diri, jom mulakan LANGKAH PERTAMA ke arah “Gaya Hidup Sihat” bersama TL Meor di kawasan Kajang 2, JK1M#10. Pernah mengalami masalah berat badan yang menyukarkan setiap pergerakan. Makan minum ikut sukahati dan malas bersenam. Tapi itu dahulu…kini, saya sudah berubah ke arah gaya kehidupan yang sihat & Fit. Insyallah pengalaman saya ini akan memberi sumber inspirasi & motivasi kepada anda semua untuk berjaya mendapatkan kesihatan yang baik dengan cara yang betul, menjimatkan dan menyeronokan…

DAFTARLAH SEGERA sebagai peserta JK1M Musim 10 kawasan Kajang 2. Mulakan langkah pertama anda, mencapai kehidupan yang lebih sihat dan positif.

TEMPAT TERHAD kepada 50 orang peserta

Pengalaman TL Meor Sony

• Team Leader JK1M4 sehingga JK1M9 kawasan Kajang 1.
• Peserta top 50 keseluruhan JK1M3
• Pemenang JK1M3 kawasan Bangi (di bawah seliaan Coach Fila) dengan penurunan berat sebanyak 10.7kg dalam masa 6 minggu.
• Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan – Tahap 1
• Trainer SuperFit

Pencapaian Peserta JK1M

• JK1M4 – 1 Peserta lelaki berjaya ke Top 50 Malaysia
• JK1M5 – 1 Peserta lelaki & 1 peserta wanita berjaya ke Top 50 Malaysia
• JK1M6 – 1 Peserta lelaki berjaya ke Top 50 Malaysia
• JK1M7 – 1 Peserta lelaki berjaya ke Top 50 Malaysia
• JK1M8 – 1 Peserta lelaki & 1 peserta wanita berjaya ke Top 25 Malaysia
– Juara Kategori Pasangan JK1M8
• JK1M9 – 1 Peserta lelaki berjaya ke Top 50 Malaysia

Ini kisah Meor Sony…

Semenjak dahulu saya sangat aktif bersukan sehinggalah saya berhenti bersukan dan tidak mengawal pemakanan yang sihat melebihi keperluan kalori harian badan. Semakin hari, berat badan bertambah sehingga mencecah 89.8kg.

Kesedaran saya terhadap tahap kesihatan mula terdetik apabila sering mengalami sakit pinggang sehingga sukar untuk duduk dengan selesa ketika menonton TV. Sememangnya susah untuk memulakan langkah pertama ke arah “Gaya Hidup Sihat”, tanpa semangat dan sokongan moral daripada keluarga serta rakan-rakan disekeliling. Namun, dengan keazaman, disiplin serta motivasi diri untuk mendapatkan berat badan yang ideal berjaya dicapai setelah menyertai JK1M musim ke-3.

Sehingga kini, saya masih mengekalkan tahap stamina dengan mengawal cara pemakanan yang sihat dan sentiasa melakukan aktiviti bersenam. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mendidik dan membantu para peserta JK1M musim ke-4 sehingga kini, berusahaa mencapai matlamat mereka untuk menurunkan berat badan. Tetapkan matlamat anda, dan bersama-sama mengamalkan “Gaya Hidup Sihat” dalam kehidupan seharian kita.

2 Reviews for Meor Sony

arelong_nieza95

1 Reviews

Awesome & Sporting..

5/ 5

He is inspiring and really motivate us. His empathy towards us in our weight loss journey is high. He really understand the pain and cravingness, so that, he give us solution but in the mean time in a healthier way. He make us realize and understand this journey is unstoppable and a lifetime journey. he makes us understand how to lose weight but still enjoying ‘nikmat kehidupan’.

Was this review ...?

sharmila.lamzah66

3 Reviews

Wonderful Weight Loss Journey With TL Fauzul

5/ 5

Bersama Trainer Fauzul di JK1M6 – Team Kota Kemuning banyak membantu weight loss journey saya. TL Fauzul adalah sumber inspirasi semua peserta kerana pengalaman beliau sendiri yang berjaya buang 30kg. Beliau juga sentiasa beri galakan dan semangat kepada semua perserta JK1M6 untuk terus berjaya.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM 320

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Epic Cardio Workout
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Fun Step Aeromix Dance
  • Activity Minggu 1:Jom Walk Together
  • Aktiviti Minggu 5:Bangkit Bersama SuperFit
  • Aktiviti Minggu 3:OMG Plyometric
  • Additional Program Notes:Senaman 4 Kali Seminggu - Sabtu, Ahad (8 am - 9 am) & Selasa, Khamis (8.30pm - 9.30pm)
  • Aktiviti Minggu 6:Dodgeball Attack