Melalui fasa gelebey ketika proses menurunkan berat badan? Nak tahu bagaimana teknik hypertrophy mampu mengembalikan bentuk badan idaman?

Jom sertai Jk1m Hypertrophy Bandar Seri Alam.

Saya akan bimbing anda mencapai misi kuruskan badan di awal tahun 2018.

Apa yang akan anda dapat pelajari bersama saya sepanjang 6 minggu nanti:

Kelas khas Kalori selama 2 jam

Kesilapan umum kebanyakan orang adalah terus berdiet tanpa memahami keperluan sebenar kalori harian. Kalori adalah kunci kejayaan diet seseorang. Turun atau naiknya berat seseorang bukan terletak pada nasi atau gula, tetapi ianya pada kalori dalam permakanan anda. 

Anda menguasai ilmu kalori, bermakna anda telah selangkah menuju kejayaan misi anda.

Latihan Cardio

Saya akan menjamu anda dengan 4 jenis latihan pembakar lemak yang popular iaitu

  • Bootcamp
  • Battle Rope Workout
  • Circuit Training
  • Medicine Ball workout

Anda tidak hanya melakukan senaman sahaja, tetapi saya akan pastikan anda memahami bagaimana latihan cardio ini boleh membantu anda dalam mencapai misi.

Latihan Hypertrophy

Ramai wanita inginkan bentuk badan persis model. Saya bawakan modul khas buat anda. Inilah kelebihan yang akan anda perolehi jika menyertai saya.

3 Minggu saya khaskan anda di dalam gym bagi mendalami ilmu Hypertrophy. Setiap inci tubuh anda boleh dibina semula melalui latihan hypertrophy ini. 

Anda akan didedahkan daripada asas mempelajari anatomi otot, seterusnya akan dibimbing mengenali nama dan fungsi peralatan gym, mengetahui pula untuk apa dan dimana target otot terlibat, berapa pula set, reps dan tempo.

Setelah mengetahui asas, barulah saya akan memperkenalkan 3 set latihan hypertrophy kepada anda. 

ingin tahu apakah 3 set itu?? Jom sertai saya sebelum terlewat. 

 Profile Team Leader anda:

Muzafar Awang (Musz) merupakan pemilik kepada Get Fit79 Fitness Studio di Bandar Seri Alam, Masai

Get Fit79 mempunyai peralatan lengkap bagi tujuan aktiviti fitness indoor mahupun outdoor.

Berpengalaman dan mempunyai team mengendalikan program Corporate Fitness di syarikat swasta dan kerajaan seperti Malaysia Marine & Heavy Engineering, Vance Bioenergy, Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Mersing Johor dan juga Pusat Latihan Perindustrian.

Pernah mengemudi beberapa musim cabaran Jk1m sebagai Head Team Leader Johor

Lebih 10 thn pengalaman dalam bidang kecergasan.

“ilmu yang memandu anda, Lupekan pil-pil ajaib”

Q Apakah itu Hypertrophy?

Hypertrophy merujuk kepada latihan membina otot

Q Apakah hubungkait Hypertrophy dengan menurunkan berat badan?

Ramai wanita telah berjaya menurunkan berat badan. Namun ramai yang menghadapi masalah badan jadi lembik dan gelebeh setelah berjaya menurunkan berat badan.

Jk1m Hypertrophy akan mengajar anda teknik dan rahsia latihan bagi mengembalikan otot lengan, pinggul, kaki dll menjadi pejal kembali.




Q Sesuai tidak latihan Hypertrophy ini kepada wanita?

Sangat sesuai jika matlamat akhir anda ingin mendapatkan potongan bentuk badan persis model.
Otot yang terbina melalui latihan Hypertrophy akan meningkatkan metabolisma anda secara semulajadi, ia juga akan menjadi enjin pembakar kalori disaat anda tidak bersenam.

Hebat kan?



Q Saya langsung tidak tahu apa itu Hypertrophy? Bolehkah saya sertai?

Boleh, Tiada masalah.
Kami akan mengajar dari asas

Q Berapa lamakah aktiviti di jalankan setiap sesi?

Secara purata setiap aktiviti mengambil masa selama 1 jam hingga 2 jam

Q Hari dan Masa aktiviti dijalankan ?

Seminggu 3kali pertemuan
Selasa : 8.30mlm
Sabtu : 8.30pagi
Ahad : 8.30mlm

Q Dimanakah venue program jk1m di jalankan sepanjang 6 minggu?

Program dijalankan di Get Fit79 Fitness Studio beralamat di No 60C Jalan Lembah 19, Bandar Seri Alam, Masai Johor.

Q Selain daripada latihan Hypertrophy adakah ada latihan tradisi jk1m ?

Ya Ada.
Kami mempunya peralatan yang lengkap untuk aktiviti indoor dan outdoor.




Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM350

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:No
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Additional Program Notes:Hypertrophy bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kaedah yang betul bagaimana mengembalikan semula kualiti otot yang hilang akibat daripada diet atau proses penurunan berat badan. Kami mempunyai tenaga pengajar terlatih beserta peralatan gym yang lengkap bagi membantu anda.
Show all
  • Aktiviti Minggu 5:Bootcamp/Beach Bootcamp/Muay Thai
  • Aktiviti Minggu 4:Hypertrophy 3
  • Aktiviti Minggu 3:Med Ball Workout/ Battle Rope Workout/Gym Circuit Training
  • Aktiviti Minggu 2:Hypertrophy 2
  • Activity Minggu 1:Hypertrophy 1
  • Aktiviti Minggu 6:Hiking/Strong By Zumba/Zumba