Checkout NADIA Watch Video

Assalamualaikum LADIES,

Hai, berjumpa lagi kita buat kali ke-4, musim ke-10 JOM KURUS 1 MALAYSIA bagi kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Seperti biasa, saya Nadia Hidayah Abd Rahim (TL Nadia) , sebagai Team Leader yang setia menemani anda sepanjang musim JK1M. Pastinya kali ini, Nad menyediakan aktiviti 6 minggu yang lebih kemah, menarik dan pastinya buat akak-akak kawasan Tanah Merah TERTARIK untuk setia bersama Nad lagi.

 

Sebelom Nad teruskan dengan apakah aktiviti 6minggu nanti, orang kata ‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA?’.

Ok, Nad kenalkan diri dahulu, supaya senang kawan-kawan baru nak join #TeamKurusTanahMerah kenal siapa yang bakal mengubah hidup anda untuk menjadi seorang yang lebih aktif, kurus dan sihat dari diri anda sebelum ini.

.

Nad bermula sebagai ‘SUCCESS STORY’ peserta JK1M5 pada tahun 2015 dengan berat sebanyak 58kg, dan telah berjaya turunkan berat badan sebanyak 8kg dalam masa hanya 6 minggu mengikuti program yang ‘AJAIB’ ini. Tak cukup dgn itu, nad juga dah 4X gemuk, 4X jugak kurus selepas bersalin anak 3. Itu pun dengan hasil ILMU dari program jomkurus yang boleh dipraktikkan sepanjang hayat.

Untuk JK1M6 pada tahun 2016, dengan semangat dan objektif untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah berat badan dan disamping memperkenalkan program ini di TANAH MERAH, nad terus cuba mengambil peluang sebagai ‘Team Leader’ JOM KURUS.

Dari hanya seorang peserta terus menjadi Team Leader dengan penyertaan peserta seramai 26 orang untuk kali pertama. Peserta program hanya terdiri daripada WANITA SAHAJA dan mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan,peringkat umur, masalah obesity, berpenyakit dan lain-lain.

 

Musim ke-7 merupakan tempoh cuti bersalin ‘Baby Jomkurus’ hasil daripada mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa aktifkan diri dengan bersenam. 

.

Untuk JK1M8, tampil lebih yakin setelah BERJAYA buat kesekian kali mengkuruskan diri SELEPAS BERSALIN daripadai berat 70kg ke 50kg (20kg kehilangan berat badan). Penyertaan untuk kawasan Tanah Merah bagi kali kedua iaitu seramai 54 peserta. Satu rekod peribadi walaupun hanya berbekalkan ilmu perkongsian pengalaman sendiri. Alhamdulilah satu perkembangan yang positif betapa pentingnya ‘GAYA HIDUP SIHAT’ dan ‘OBESITI ADALAH SATU PENYAKIT’ dikalangan wanita-wanita di Tanah Merah. 

.

Di JK1M8, Nad diberi peluang oleh sifu Kevin Zahri untuk menghadiri sesi temuramah sebagai wakil ‘Success Story’ bersiaran lansung di rancangan Selamat Pagi Malaysia (TV1) bersama-sama team leader terpilih bagi mengisi segmen demostrasi Senaman Gaya Hidup Sihat. Disamping itu, Nad juga diberi amanah untuk menjadi Head Team Leader bagi negeri Kelantan.

Alhamdulillah, dari perkongsian pengalaman dengan peserta, kini berkongsi pengalaman sebagai ‘Team Leader’ dengan bakal team leader baru yang lain. Ramai ‘success story’ dari #teamauranad telah menyahut cabaran kali ini dengan mengambil peluang untuk menjadi team leader kawasan baru di negeri Kelantan. Mungkin juga season ini, anda pula yang BERPELUANG menjadi sebahagian daripada teamleader kami?

.

Rezeki bersama Family JK1M tak pernah putus, di JK1M9, dengan penyertaan seramai 52 orang, dan untuk musim ini juga Nad dijemput menghadiri majlis ‘Final Event’ yang berlansung setiap musim di KL, dan seterusnya dianugerahkan sebagai ‘Team Leader Pilihan JK1M9’. Satu KEJUTAN yang memang Nad sendiri tak sangka dan satu pengalaman yang sangat-sangat menambah nilai dalam hidup nad sepanjang berada dalam ‘family jomkurus’ ini.

.

Bercerita tentang rekod hasil PENCAPAIAN PROGRAM JK1M di Tanah Merah, purata penurunan berat badan pemenang dari musim 6 hingga musim 9 adalah sebanyak 8-13kg dan KESELURUHAN KILOGRAM yg berjaya dikumpul dari hasil penurunan berat badan kesemua peserta Nad ialah 529.9kg.

.

Dari sudut KESIHATAN pula, bagi berumur 40 ke atas yang mengalami masalah kesihatan seperti Obesiti, Darah tinggi, Diabetis, Sakit bahagian lutut dll mendapat PERUBAHAN yang POSITIF (refer review peserta pd link di bawah) malah dapat mengurangkan masalah penyakit yang dihadapi sebelum ini. Tak lupa jugak, ‘feedback’ ramai peserta berjaya hamil hasil dari menukar gaya hidup dan pemakanan yang sihat. (Kita hanya mampu berusaha selebihnya DOA jangan lupa).

.

AJAIB kan program ni? Dah KURUS, dapat SIHAT lagi. Lagi AJAIB kalau menang turun berat badan terbanyak dapat HADIAH WANG TUNAI LAGI! Masih teragak-agak lagi nak join?

*Apakah aktiviti yang disediakan sepanjang 6 minggu ini?

Seperti biasa, nad berpegang kepada ‘sifir fitness’ iaitu 80% PEMAKANAN SIHAT dan 20% SENAMAN.Untuk minggu pertama dan kedua, peserta akan lebih ditekankan berkenaan ILMU PEMAKANAN tentang diet pemakanan sihat, cara penyediaan makanan sihat, pelan pemakanan sihat, kuantiti pengambilan makanan yang betul,dan nilai kalori setiap makanan.

Disamping itu juga, jadual senaman 2-3 KALI SEMINGGU yang penuh variasi dan menarik yang tidak hanya TERTUMPU PADA 1 AKTIVITI SENAMAN SAHAJA. Tujuan mevariasikan senaman ini adalah untuk membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat dan menggalakkan peserta untuk mula aktifkan diri secara tidak lansung tanpa rasa tertekan.

.

ISTIMEWA MUSIM KE-10, nad akan lebih menekankan aktiviti senaman yang lebih mencabar tahap kecergasan diri bagi PESERTA RETURNING, kerana nad bakal bergandingan dengan ‘Coach Misteri’ yang bertauliah dan bakal memberi anda ILMU SENAMAN mengikut tahap kecergasan peserta lama.

ERrmm, menarikkan? ye, memang takde kt tempat lain, kat Tanah Merah je. Nak meh booking sini. Nad berikan yang terbaik, kerana nanad percaya, bila kita berikan yang terbaik, in sha Allah, feedback pun TERBAIK,

.

Antara LATIHAN yang penuh mencabar untuk team Nad lagi:

  • Bodyweight training/Circuit training
  • Tabata/Weight Training
  • Ladies Fun Run
  • Cardio training / Aerobic / Zumba
  • Mini Spartan Race
  • Hiking / Ladies Bootcamp-Weight Traning/Gym Session
  • Fit Camp di Pusat Kegiatan KO (Flying Fox, Obstacle Race dll. HANYA DI JK1M10) 

Okay, itu sahaja mengenai Program JK1M di bawah bimbingan Team Leader Nadia, TANAH MERAH, nak tau lebih lanjut cepat-cepat KLIK icon tulisan ‘BOOK NOW’!

.

10 PESERTA PERTAMA BAKAL MENDAPAT DISKAUN 10%, MANA TAHU ANDA ANTARA YANG TERAWAL?? Siapa Cepat Dia Kurus! Bagi semua sahabat-sahabat EXJK, anda juga tak dilupai, 20% untuk penyertaan kali ini tau.

Jom sebarkan AURA KURUS DI TANAH MERAH dan tukar cara hidup kita ke arah yang lebih aktif. Untuk jaminan kesihatan yang lebih baik. Ingat, duit boleh dicari, tetapi KESIHATAN tidak boleh dibeli dan KURUS ITU ADALAH BONUS!

.

Nak kurus meh follow team nad. #teamauranad.

Follow ig @nadya_deeya @teamkurustanahmerah

‘ALONE we can do so little, TOGETHER we can do much!

Q Dimanakah tempat latihan akan diadakan?

Tempat latihan utama akan diadakan di SMK.TANAH MERAH 2 atau di sekitar bandar Tanah Merah bergantung kepada jadual latihan.

Q Latihan akan diadakan berapa kali seminggu?

Jadual tetap untuk latihan adalah 2 kali seminggu sahaja pada hujung minggu. Akan bertambah mengikut keperluan dan persetujuan bersama peserta.

Q Berapa lama masa diperlukan untuk setiap sesi latihan?

Biasanya 1-2 jam per sesi. Bergantung kepada jenis latihan dan tempat.

Q Sekiranya saya berpenyakit cth darah tinggi,diabetis, bolehkah saya menyertai program ini?

Boleh. Terlebih dahulu dapatkan nasihat dari doktor anda.

Q Berapakah purata penurunan berat badan sepanjang 6 minggu latihan?

Pada kebiasaannya, purata penurunan berat badan bagi 6 minggu ialah sebanyak 4-6 kilogram.

Q Perlukah saya yang kurus dengan bmi yang normal menyertai program ini?

Kurus tak semestinya sihat. Kebanyakan yang menyertai program ini lebih kepada untuk mengamalkan dan memulakan gaya hidup sihat dan aktif.

Q Adakah jadual pemakanan diberikan sepanjang program ini?

Ya, peserta akan diajar bagaimana melakar plan pemakanan yang betul ikut kesesuaian berat badan peserta.

Q Siapakah yang patut hadir program sebegini?

Mereka yang mempunyai masalah berat badan (obesiti), ingin cuba aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan dinasihatkan oleh doktor untuk bersenam.

26 Reviews for NADIA

syamsyurieyana41

1 Reviews

My Fittness Journey

..To Feel Valued,To Know, Even If Only Once In A While, That U Can Do A Job Well Is An Absolutely Marvelous Feeling.. ..Big Thank to Coach Nadia@Nad…Susah nk gambar dengan kata2.Sepanjang ikuti program beliau Dlm Journey kurus…Banyak betul ilmu yg dapat dipelajari..Tahu sajauh mana tahap kesihatan…Apa yg badan kita perlu..dlm pengambilan menu seharian kita…Gaya hidup yg sehat..senaman yg betul….Iya betul…sebelum ni..kita dah selalu ikuti program senaman…namun jauh sekli dgn program JK1M…strting dgn JK8 JK9 n next JK10..semestinta mnjanji kelainan yg berbeza…yg penting skli..kmi bentukan 1 family.treat like a Family…we r sharing a lot of journey in fittness like be4 JK..That was amizing experience we r share…😢😢 HOPE NEXT SESSION I WILL SEE U AGAIN NADIA.. Walaupun Beliau seorg yg Tegas,namun beliau seorg yg berjiwa lembut…Sabar dlm ingin mencapai setiap apa yg ank2 buah beliau yg ingin mencapai Tahap kesihatan dan berat badan yg ideal.. *we r call Her *TokBomohKurus* WISH U ALL THE BEST MY COACH@FRIEND

Was this review ...?

syahidasikri77

1 Reviews

Kurussihat😙

5/ 5

Salam…. Dear Nad…😘 👍TERIMA KASIH… sepanjang 6w join JK9 byk memberi smngt tnjuk ajar utk KURUS SIHAT. 💪Bukan snang nk bt smua tue,tp bila berada dlm circle positif auranad..kita sama2 lalui…fuhhhh..maka hasilnyaaa diri sendiri yg dapat…KURUS SIHAT…💃 😩Selama ini saya diet sndri2 fhm2 jelah,xkemana pn..stkt thn lapar pastue mkn xingt esknya sbb lapaarrrr… 🙉 Hampir beli ubattt kurus sbb nk hasil & kesan yg cpt..nasib xbli lgk..slamat duittt…dgn join JK1M sgt2 berbaloi2…sy dapat ILMU yg kita blh guna smpai bila2, dpt KAWAN & yg pnting KESIHATAN yg xboleh dibeli…🏃🏻‍♀🍎🥝👏😄 #xseigemukdoh…😐

Was this review ...?

suriyanasudin61

1 Reviews

Jom Kurus Online..Menjadi!!

5/ 5

Setiap ketentuan ada hikmahnya..dan salah 1 hikmah bila bertukar ke Tanah Merah, Kelantan adalah dipertemukan dgn Coach Nadia.. Mmg sgt beruntung sbb ditakdirkan bertugas di tempat yg sama. Secara kebetulan program Online Diet Batch 15 dibuka. Saya sahut cabaran walaupn sebenarnya xpercaya pd diri sendiri. Tp atas semangat, nasihat, teguran yg Coach Nad berikan, sedar x sedar saya dh loss few kg hanya dlm 5mggu.Tqvm coach Nadia. What a owesome program!!

Was this review ...?

hasanah73153

1 Reviews

Coach paling tip top

5/ 5

Saya mengenali nad melalui coaching online yg di anjurkan nyer..Dari tak pandai .alhamdullilah semakin positif…saya memilih coach nadia untuk saya teruskan perjuangan dalam perjalanan diet sihat saya.Nad juga menekan kan bab pemakanan yang serius dan betul.setiap masa saya akan bertanya jika salah atau sebalik nya.Saya doakan nad berjaya dan sukses selalu..

Was this review ...?

wanrohana73

1 Reviews

Teruskan perjuangan Koc Nad.. Setia bersamamu

5/ 5

Alhamdulillah.. syukur kerana berada dalam JK1M8 dan JK1M9. In sya Allah JK1M10 selepas ini.. Aura koc Nad yang menyebabkan Kak Wana masih meneruskan misi kurus ini.Terima kasih Nad atas segala tunjuk ajar dan ilmu yg diberikan..Kak Wana menyertai JK1M kerana faktor kesihatan kerana penyakit darah tinggi.. Sekarang ni, darah tinggi kak Wana dah bertambah baik.. Betullah, Gemuk ni boleh mengundang pelbagai jenis penyakit…Koc Nad memang outstanding.. memahami keadaan peserta JK1M.. terutama kak Wana yang dah berumur ni.. Latihan bukan mendera tetapi memberi kita lebih semangat untuk kurus dan yang lebih penting untuk sihat… Teruskan misi dan perjuangan Koc Nad supaya lebih ramai peserta JK1M mencapai impian mereka untuk kehidupan yang lebih baik… Sayang Nad sangat2###Jumpa JK1M10..

Was this review ...?

fazlinaariffin68

1 Reviews

Great Journey will continue…

Hai ladies… 2 musim #jk1m8 #jk1m9 bersama koc nad dan #teamtanahmerah terasa bagai dlm keluarga sendiri. Ilmu kurus berterusan dan berkembang. Aktiviti sentiasa upgrade. Silaturahim terjalin dengan semangat positif dan saling menyokong antara satu sama lain dan hasilnya sangat ohsem! Ukhwah berterusan untuk mengekalkan momentum journey ini. Kami dlm team tanah merah masih meneruskan aktiviti bersama pada masa terluang #jogging #hiking #swimming dll. Kesempatam ni saya mengucapkan terima kasih kepada koc nad. Inshaallah my journey kurus akan diteruskan dalam #jk1m10 Kpd ladies yg mempunyai impian utk kurus demi kesihatan yang baik jgn lepaskan peluang utk bersama koc nad terutama anda dari kawasan tanah merah. See uols yeah!!

Was this review ...?

nurhanum.mohdnazari25

1 Reviews

JK1M9 bersama Coach Nad adalah permulaan gaya hidup yang sihat

5/ 5

Program 6 mggu masa join JK1M9 adalah satu permulaan yang terbaik utk sy dalam meneruskan perjalanan kurus. Saya bersyukur sbb join program ni dan rasa terkilan sbb xjoin lebih awal. Sebelum ni saya pernah mencuba pelbagai produk kurus yang harganya bukanlah murah dan juga pernah mencuba pelbagai jenis diet…dan akhirnya kurus tp tak kekal lama…bl dah stop penggunaan produk atau jemu dengan sesuatu diet, berat badan naik dgn jayanya…malah lebih gemuk dr sebelumnya.. Alhamdulillah..bila join JK1M9, Coach Nad guide cara diet dan cara bersenam dengan betul…dan ternyata ilmu yang dikongsi oleh beliau boleh kita amalkan dan ianya sangat berkesan. Yang penting, xperlu berlapar. Makan tapi kurus. Senaman pula boleh disesuaikan dengan berat badan dan keadaan. Coach Nad selalu menekankan disiplin diri..’U buat, u dapat’…Sy selalu berpegang pd kata2 itu sehingga kini.. Mungkin ramai yang cakap..Alah…stakat jg mkn, bersenam…xmasuk JK1M pn boleh….Bagi sy, TIDAK SAMA SEKALI…Dengan join JK1M9, sy dapat rasakan semangat dari Coach Nad dan kawan2 yang sama2 nk kurus…semangat dan aura yang lain macam bg sy membuatkan sy lebih semangat utk kurus yang SAYA TAKKAN DAPAT KALAU LAKUKAN SEORANG DIRI. Sy boleh JAMIN ANDA TIDAK AKAN MENYESAL sekiranya anda join JK1M dibwh kelolaan COACH NAD…Bertindaklah utk perubahan diri anda. Jangan menunggu untuk sesuatu yang semestinya akan memberi kebaikan dan titik tolak perubahan diri anda… COACH NAD…THE BEST COACH EVER…TQ SO MUCH…💋💋💋💖💖💖 See u in JK1M10 Coach…in shaa Allah… Peserta JK1M9 Tanah Merah, NUR HANUM BINTI MOHD NAZARI

Was this review ...?

masaziramohamed53

1 Reviews

World's best kurus coach

5/ 5

Coach nad adalah coach yg sangat warm & ceria. Mempunyai pengalaman yg cukup untuk memahami situasi & kehendak peserta memandangkan beliau adalah antara bekas peserta jk yg berjaya. Sangat passionate dalam mengatur aktiviti & mengajar para peserta sepanjang jk. Semua aktiviti sangat best & beri peluang bonding antara satu sama lain. Beliau jg menguasai rahsia kurus iaitu diet dgn baik sekali. Sangat menekankan & memantau diet peserta dengan baik sekali. Tq coach nad. U’re the best.

Was this review ...?

sbsim665

1 Reviews

pengalaman manis & hebat bersama koc nadia dlm jk1m9

5/ 5

..hari2 dengar kawan2 crita kehebatan jk1m..tapi belum terbuka hati nok join sbb lutut kiri tercedera..akhirnya join juga sbb nok try jugak program hebat ni..1st day lapor diri pd 9/9/17..jumpo face to face koc nadia..sweet n spicy karektornya..kecik molek but jiwa besar..in my heart i can see that koc nadia can guide me well..every week jumpo n dpt ilmu baru..paling best cara pemakanan yg begitu healthy & cara workout yg sesuai dgn body kita..selama 6 minggu tu saya ditemani oleh kawan2 baru yg sama2 berjuang utk sihat & pengalaman paling best ialah kita sokong each other sepjg perjalanan jk1m9 ni..koc nadia is always there 4 us..guide n guide us non-stop so patiently..sekarang lutut saya makin sihat n saya masih amalkan gaya hidup sihat ni..badan makin ringan n kesihatan makin baik..koc nadia terbaik n dgn itu saya akan join lagi utk jk1m10..saya juga telah berjaya mengajak 6 org kawan utk join..sharing is caring ..tq again koc nadia..c u in jk1m10..a never ending journey 2 b healthy n fit..muackkk 2 koc nadia..

Was this review ...?

norazlinabtmohdnoor62

1 Reviews

Kenangan Manis

5/ 5

Betul kata org..xkenal maka x cinta..Terima Kasih Pada coach Nadia..Yang X Jemu2 Mendidik Sehingga Mampu Tersenyum Sekarang..Sukar Nak Ungkap Dengan Kata2..Akan Tetapi..Cukuplah Ianya Dapat Dikongsi Bersama..Pengalaman Itu Banyak Menyedarkan Dan Bangkitkan Kesedaran Tentang Diet Yang Betul.. Ilmu Yang Dicurahkan Bukan Sekadar Ilmu..Jika Tidak Memberi Mafaat Pada Diri.. Terima Kasih Banyak2 Pada Beliau..Apa2 Pun Perjalanan Tidak Berhenti Sampai Sini.. Kita Jumpa Di JK1M9..Insyallah. 😁😁😁 #MyFittnessJourney# #FittnessMotivation# #ItsAllAboutFittness# #TeamLeaderNadia# #TanahMerahTeam#

Was this review ...?

salbiahazma85

1 Reviews

Auraslimm by coach nad🤗🤗

The best coach…n coach yg plg sporting.😉😉..program yg byk mmbntu sy memahami erti DIET dlm khdpn seharian kita…alhamdulillah hasil dri group coaching hgga ke jk1m8 sy bhasil mndptkn angka 6…tq coach…😘😘😘 I will always support u…🤗🤗…

Was this review ...?

gtogal_muja64

1 Reviews

Flashback journey kurus with my petit sister NadMia

5/ 5

2015 Bermula titik perubahan bagi kami dalam journey kurus n yg pling excited kami, kami boleh kenal n jumpa face to face dgn sifu kurus kami Mr Kevin, duk adore lamo dh hahahaa. Okeh back to our journey, Nad ore pertama ajak saya untuk berubah n be KURUSFITnSIHAT. Which is join JK1M5 masa tu kami join under TL Ekin di Wakaf Cheyeh. Teringat lagi kata2 pembakar semangat Nad masa tu memang tak boleh terima tapi itulah kenyataan. “kak, mu jgn caya mulut ore kata mu xgemuk sbb mu tnggi, aku ikhlas bgtau mu gemuk kak, walaupun tinggi tetap tak comey” aduhh sentap gile wei tp ayat tu la yang menjadi pembakar semangat saya untuk berubah. Bermula dengan berat 80 kg selepas 6 minggu jk1m5 hanya turun dalam 3 kg sahaja. Then lps tu stop naik balik jadi 86kg sebab sedap layan tekak ni huhu. Then join coaching auranad 1st until 3rd batch gradually turun sikit2. Nad officially jadi TL jk1m6 join jugak tapi tak banyak turun. Keep diet n workout macam biasa, masa tu berat dalam 70 kg plus. Kemuncak rasa diri tercabar sangat masa join jk1m8 sebab Nad cabar “kak mu senior kena turun kilo banyak lagi tak kurus lg tu, adoi la. So keep fight dengan diri sendiri. Selepas 6 minggu saya dpt turunkan dari 70kg sehingga 65.2kg. Quite not bad walapun xcapai ideal weight 58kg haha tp body dah nampak inchloss n pakai baju semua dh tukar saiz dari XL ke M. Suka sangat. Nak citer pasal koc Nad kita ni, memang perangai dia suka cabar orang n terus terang bab kurus. Xde nye nk sorok2, kalau gemuk memang direct je dia cakap. Ilmu yg dia ada all out dia deliver to ank2 buahnya. Tanya je, akan ada jawapan. Seorang yg kecik molek tp hati besar ooo. TQ my NadMia (panggil dia mia smp sekarang sbb muka dia iras pelakon (Mia Ahmad). Sebab awak la kak dah berjaya jadi diri kak sehingga sekarang. Your kata2 sentap terngiang2 ditelinga “ejas smp dpt 58kg kak”. Okeh koc i will.. luv u koc Nad n team #auranadcoachingkurus #sweatnfit BE APART OF AURANADTEAM IS THE BEST MOMENT😍😍😍

Was this review ...?

hasmirabintiabdullah70

1 Reviews

Auranadcoachingon9 Terbaik

hiii koc nad!!! Moksu mula mengenali nad melalui coachingdieton9…sis carieyna la yg mula2 membuatkan moksu terjebak dlm bab2 diet ni…hehehe.. Melalui situlah moksu mengenali koc nad… Nad seorang yg tegas bab pemakanan…selalu menekankan betapa pentingnya pemakanan… Selalu berkongsi cerita pengalamannya serta mngajar ahli2nya ttg diet yg betul, kami juga ditekankan supaya bertanya jika xpaham ttg sesuatu perkara, dr stu moksu mula paham dn berdisplin mnjaga waktu mkn… Mula2 moksu join coaching diet.. Berat moksu 73kg.. 😌 mmg bulat gotam.. Hahaha…setiap mnggu kena weight in tau.. Bedebar sokmo moksu.. Hahaha.. Tp alhamdulillah setiap mnggu moksu berjaya menurunkan berat badan, sbb apa?? Sbb moksu berdisplin bab mkn serta moksu aktif besenam.. Tq koc.. Smpailah skrg moksu still diet dn besenam.. Berat moksu skrg 64.4kg.. Moksu ucpkan trima kasih buat koc nad dn moksu doakan semoga koc nad berjaya dlm misinya… TQ KOCNAD auranadcoachingon9

Was this review ...?

haleda.faresa41

1 Reviews

Successtory Eida & Kocnad terbaik..

5/ 5

Assalamualaikum. hanya ucapan terima kasih buat Koc Nad. Kerana dia yang buat saya nk kurus. Tahun 2015 memang saya selalu follow dia, dia ingat kita ni kakak dari dia, sebenarnya kita adik 2tahun je dr koc. hihihi. Mungkin dia tgk kegemukan saya. Gemuk boleh menyebabkan kita tua dari usia okey. Berat badan masa tu 75++kg. Kenal beliau saya tergerak hati nk join coaching online bersama Kocnad. 1st coaching yg dia buat pd masa tu. saya join dgn berat 75.3kg, dan trun sampai 68 kg. Maintan 68 kg. Tahun 2016 join Jk1M6 start 68kg trun menjadi 62.3kg. Dalam setahun makan xterkawal sikit. naik 65.8kg. Tahun 2017 skali lagi masuk Jk1M8 bawah bimbingan Kocnad dr 65.8kg trun dapat 60.4 kg. Dan kini berat saya 59.0 kg. Xsangka dapat berat anak dara balik. misi kurus masih berjalan. xpernah puas,xpernah putus asa. time cheatday kita cheat, time pulun diet kita pulun diet. Koc Nad semestinya menyebarkan aura positif auranad. Kurus untuk sihat, dapat turun banyak kg itu bonus. Mengenali beliau kita dapat tahu ilmu 70% pemakanan hanya 30% je senaman. Pelajari ilmu output dan input dalam pemakanan seharian kita. Kocnad xpernah kedekut ilmu dalam journey kurus, insyaallah apa yang ditanya semua akan terjawab. Berkongsi ilmu , idea dan cadangan . Berpuluh – puluh dah peserta yang berjaya menurunkan berat badan termasuklah saya. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama kocnad. Semoga Kocnad berjaya dengan cemerlang, dapat menyebarkan lagi aura kurus untuk warga tanah merah. Nak kurus sihat jom join Jk1m9 bersama kocnad. Jom daftar sebelum terlambat. #auranaddihati #jk1m6 #jk1m8

Was this review ...?

zainnora717

1 Reviews

Luv u koc nad

Assalamualaikum….JK1M8 apa tu?bersama koc nanad sapa die?ini kisah saya berbadan sado(hahaha) .penyakit yg dialami asthma kronik…lutut dh masuk gel sbb pernah jatuh..kenal koc nad kali pertama di smktm2 zumba disana…jumpa terkejut tengok orgnye kecil molek…mengenali koc nad yg sgt2 peramah..mudah mesra..yg penting tak kedekut ilmu…dgn pelbagai aktiviti menarik erobik..zumba..muaythai…hiking…berenang..mmg seronok bila tengok berat dh berjaya turun…sakit tolak tepi sbb semangat tgk org lain blh buat…balik rumah ltk minyak..nak kurus mmg kena tahan dan sabar…sekarang pun dh rasa bangga bila cik abg puji..andai saya tak jumpa JK1M8 mungkin sampai sekarang saya masih menjaga lemak2 dlm badan ni..rasa syg lak nk buang…tu dulu…sekarang tidak lagi…nak mkn pn dok kira kalori..kini saya semakin sihat asthma yg dulu kerap serang kini tiada lagi…inhaller pun entah mana..timaqaseh koc nad…kerana telah membuka mata saya ni..JK1M9 yeaaa saya turut serta…maaflah koc nad kadang2 karenah saya ni pening kepala koc. ..luv u koc nad…

Was this review ...?

afrinaafifah50

1 Reviews

Feel great feel sexy

5/ 5

Coach Nad adalah org yang membawa saya untuk melangkah dengan lebih sihat dan yakin… Dari saiz 50.. Kini saya boleh merasa pakai mana2 baju yang cantik dengan saiz free @ 42 …masih bersama coach Nad utk capai target 64 kg… Anda memang berhak untuk CANTIK!!… dan dengan coach Nad anda mampu mengubahnya… TqCoach

Was this review ...?

CoachSue

4 Reviews

Coach Awesome

5/ 5

coach yg sgt2 berintegriti yg tggi dalam semua tugas.. terbaik Leader Team JK1M9 Ore T.Merah kena follw coach nanad utk lebih sihat dan kurus

Was this review ...?

noorzariah0941

1 Reviews

The best ever coach!!

Alhamdullilah..Ini kod Nadia atau koc nanad team leader dari Tanah merah, saya mengenali JK1M darinya iaitu di media sosial..dan sehingga kini , beliau seorang yang berjiwa kental dan sangat menitikberat dalam semua hal..beliau seorang coach yang tidak kedekut ilmuu, gigih membimbing kami hingga kami mencapai misi kurus kami sekarang..sudah berpuluh -puluh peserta berjaya menurunkan berat badan termasuklah saya…berjaya dengan hati yg puas !! Tiada kata harus sy beri utk beliau…koc nanad jasamu dikenang smpai bila2 …..bonus bg sy setelah beliau jampi serapah kurus apabila org mengatakan sy ibu ank 4 seakan budak sek men!!!😛yahooooo….

Was this review ...?

Owner Response

Thanks noor..dan good luck untuk teruskan program JK1M9 sebagai team leader di kawasan Jeli. Jangan sia2kan peluang. kipidap!! Orang jeli nanti boleh follow noor. :)

suhaidaismail7330

1 Reviews

Jk1m & koc nad yang terbaik…

Jk1m6 di bwh koc nad adalah pilihan yg dibuat krn terpaksa setelah diarah doc utk menurunkan berat badan untuk menurunkan tekanan darah tinggi…mula2 mmg terfikir boleh ke ikut xtvt lasak n ada ke masa nak ikut semua xtvt….ternyata bila dah masuk jk1m….smua aura positif dr koc nad n rakan2 jk1m menjadikan kita sentiasa positif ke arah hidup yg lbh sihat…..akak berjaya menurun berat dr 69.9kg ke 60.5kg setelah masuk jk1m8…wp lmbt tp sgt puashati….sekarang tekanan darah dah turun…dan yg penting tak perlu makan ubat….terima kasih koc nad….hidup kita sentiasa positif bila kita sihat n aktif…..marilah join jk1m9 di bwh koc nad….anda pasti akan dpt aura positif ni…..ilmu makanan sihat n xtvt yg sesuai dgn umur n tahap kesihatan akan diberi koc nad yang tak pernah kedekut dgn ilmunya….

Was this review ...?

Owner Response

Thanks kak suhaida. Semoga terus sihat dan kekalkan gaya hidup sihat. Tekanan darah comeyy doh tu. :)

hamsiah_mamat83

2 Reviews

The Powerful of Auranad

5/ 5

Sbnarnya dr jk7 lg, sy dk cari #jk1m dlm ig tp bkn kwsn tnh mrah.. so, bile tiba jk8, sy usha lg dlm ig, n alhamdulillah jupe dgn k.nad nie..mula2 join jk nie, sy sdri xyakin akn trun berat, aktif mcm nie..tp bile msuk mgu kedua, auranad itu dh sbati dan mnyerap dlm diri nie..atas skgan kwn2 jk yg lain, ilmu2 yg dberikn oleh k.nad, sy lebih yakin dan bsmngt utk truskan jk nie.. dgn adanya plbagai aktvt yg mnrik jga, ia lebih mberi kesan pstif pd dri sy shgga trun sbnyk 12.9kg..mmg x dnafikan, aura yg dsmpaikan itu akn mberi smngt yg lbih mdlm utk capai trget yg dinginkan..gud luck for jk9..jmpa lg jk9 nanti..

Was this review ...?

Owner Response

Mesti la jumpa JK1M9...u r the winner! jk1m8 loss 12.9kg. Wowwww!! Tahniah dan semoga capai berat badan unggul nanti.

s.hasilahamzah27

2 Reviews

Great leisure with great coach!

5/ 5

Saya mengenali koc nanad menerusi jk1m8 apabila diperkenalkan oleh slh seorang exjk1m7 (yg juga success story dan bakal TL, #teamzila #teambachok). Mengenali koc nad amat bermakna bg saya dalam usaha utk menguruskan cara hidup sihat yang betul2 sihat. Petua utama yg dikongsi koc nad… 70%pemakanan dan 30%senaman. Pelajari kalori input dan kalori outpun but still enjoy your favourite meal 😀 Bersama koc nad saya dapat melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang menarik malah ada yang pertama kali dapat saya lakukan spt MUAY THAI dan DODGEBALL. Banyak lagi aktiviti yg menarik seperti hiking, swimming, bootcamp, circuit training, tabata malah hubungan coaching berterusan sehingga kami dan peserta lain sama2 menyertai marathon. Memang best bila berjemaah.. Minda positif aura positif semangat positif buat kita rasa btl2 enjoy. Menunggu pertemuan coaching di minggu seterusnya memang sesuatu yang mengujakan. Koc Nad berfikiran terbuka. Sedia memberi dan berkongsi ilmu, idea dan cadangan. Ramai yang dah berjaya dibawah bimbingan koc nad. Bagi anda diluar sana yang berdekatan Tanah Merah jom sama2 sertai coaching kurus bersama koc nad dalam jk1m9 sebelum terlambat. Inshaallah saya akan meneruskan journey kurus bersama koc nad. JOM!

Was this review ...?

Owner Response

Thanks S..jom jk1m9 tanah merah. :)

mekate8613

1 Reviews

Coach sporting

5/ 5

Lovely coach, very friendly, helpful, hilarious 😆 but most of all very EFFECTIVE. Lost total of 9 kg within 2 months ++ with her help. Dia punya warning No Salt No excess Sugar tu sikittt punya banyak smpai termimpi mimpi..haha. Wonderful experience, tq nad 😘

Was this review ...?

Owner Response

Thanks Doc gojes..totally look different dari sebelom jk1m8. Sebarkan aura kurus dgn geng KKM ya..:)

norhashimahd74

1 Reviews

KocNad yg cemerlang💪💪💪

5/ 5

Mula mengenali beliau sejak jk1m6….sekali lagi ketika jk1m8…seorang koc yg komited dan bersungguh2 dan tau apa yg beliau lakukan💪💪…dibawah bimbingan beliau hampir kesemua perserta berjaya dlm misi kurus sihat tanpa perlu berlapar… Semoga Koc Nad terus berjaya dan cemerlang ….good luck Koc… Insyaallah bertemu lagi utk Jk1m9…..yeahhhh….

Was this review ...?

abgkubis89078

1 Reviews

#kocnad pilihan anda!!!

siapa kocnad? saya mengenali koc nad dalam jk1m 5 Kelantan pd thun 2016.. beliau dan saya pd ketika itu sama2 berusaha dan mengharungi perjuangan kurus kami.. walaupun pada masa itu kami berlainan koc.. tapi kami sempat membuat aktiviti bersama ketika sifu Sir Kevin datang ke Kelantan. pada ketika itu mmg jelas kelihatan kesungguhan koc nad dalam melakukan fitness activity bersama koc. siapa sangkat beliau berjaya tempatkan diri dalam kelompok 3 teratas dalam senarai pemenang JK di Kelantan. siapa sangka pada hari ini, koc nad sudah berjaya dalam cerita kurusnya. menjadikan diri sendiri sebagai testimoni, saya pasti ramai individu di luar sana terpegun dan terkejut dengan kejayaan beliau dalam menuruntkan berat badan. saya pasti dengan bimbingan koc nad, anda semua pasti berjaya menurunkan berat badan anda. percayalah koc nad terbaik utk anda.. good luck koc! i pray for your success in future.. sekian, anak didikmu….

Was this review ...?

Owner Response

Ada jgk komen dari peserta lelaki. hehehe. Kita sama journey dlu jk1m5. best kan? awk pun dah byk perubahan dari dulu gemuk skrg abam sado. good luck. #jupotegur

Noora Shikin

1 Reviews

Student saya yang paling cemerlang

4/ 5

Coach nad merupakan bekas peserta JK1M5 pada tahun 2015 di bawah saya (Coach Shikin). Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan berkeyakinan tinggi serta bersungguh-sungguh dalam apa jua yang beliau lakukan. Tidak pelik lah jika beliau antara peserta top 3 yang berjaya mengurangkan berat badan. Semoga Coach Nad dapat memanfaatkan ilmu yang telah dicurahkan ke arah yang lebih positif untuk peserta lain. All the best Coach Nad 🙂

Was this review ...?

Owner Response

Thanks coach shikin. best memory jk1m5 2015. till now tetap jadi sumber rujukan ku. :)

zalilawati

1 Reviews

Succes Story dari #Teamzilla

5/ 5

Alahamdullilah..Ini Nadia team leader dari Tanah merah, saya mengenali JK1M darinya bermula dari JK1M6 sehingga sekarang, seorang yang berjiwa kental dan sangat menitikberat dalam semua hal..apa yang dia nak dia akan buat..dia seorang coach yang tidak kedekut ilmuu, membimbing kami sampai sekarang..sudah berpuluh -puluh peserta sudah berjaya menurunkan berat badan termasuklah saya. pelbagai Variasi aktiviti yang coach sediakan sampaikan saya tidak pernah MISS dalam menyertai JKIM, JK1M9 saya disupport oleh coach untuk sebarkan ilmu yang ada pada saya..terima kasih Coach jasa mu dikenang..Kali ni kita tidak bersama-sama lagi tapi perjuangan kita hanyalah satu teruskan gaya hidup sihat dan KURUS itu bonus…..GOOD LUCK coach

Was this review ...?

Owner Response

Good luck..huhu..takdop doh la speaker tanah merah. duk Bachok doh. sedihnye..tapi ku pasrah. selamat berjuang. :)

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM280

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
Show all
  • Aktiviti Minggu 5:Hiking, Gym Session, Fun Aerobic
  • Aktiviti Minggu 4:Ladies Bootcamp, Tyre Training
  • Aktiviti Minggu 3:Fun Run 5km, Fit Camp di Pusat Kem. Ko-Korukulum, Seminar bersama Kevin Zahri
  • Aktiviti Minggu 2:Pendedahan tentang cara penyediaan mealplan, mealprep dan menu sihat sepanjang 6 minggu. Latihan ' Bodyweight training' yang bersesuaian dengan peserta.
  • Activity Minggu 1:Motivasi dan perkongsian pengalaman 'success story' dari jk1m team Tanah Merah. Pengenalan tentang ilmu pemakanan sihat, pengiraan kalori, jenis makanan, portion makanan yang betol dan sebagainya.
  • Aktiviti Minggu 6:Tyre Training , 7km Fun Run, Rekod berat akhir