REVOLUSI TEAM SHAH ALAM 2 #SHAHALAMFIGHTER

Musim ke – 10 ini, kami masih mengekalkan kombinasi terbaik dari team leader lelaki dan wanita di mana Shukri dan Aain Nadra kembali untuk meneruskan perjuangan bersama dalam membantu warga Shah Alam yang ingin mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Program ini sesuai disertai oleh semua lapisan umur dan anda akan memperoleh pelbagai ilmu pemakanan seimbang dan asas senaman yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan anda. Aktiviti yang disusun sepanjang 6 minggu ini dijamin mampu mencapai kepuasan hati anda yang masih tercari-cari ruang untuk memulakan #Misikurus2018 sejajar dengan azam tahun baharu anda.

Selain itu, mereka akan di bantu oleh tiga orang pembantu yang merupakan alumni peserta JK1M Shah Alam 2.

TEAM LEADER : SHUKRI

Berat Asal : 115 KG
Berat Terkini : 75 KG
Team Leader dari JK1M 4 sehingga JK1M 9 SHAH ALAM 2 (6 MUSIM)

TEAM LEADER : Aain Nadra

Berat Asal : 125 KG
Berat Terkini : 75 KG
Team Leader dari JK1M 4 sehingga JK1M 8 SHAH ALAM 2 (5 MUSIM)

PEMBANTU TEAM LEADER

ENGKU AZMIRULLAH ENGKU DIAUDIN
Berat Asal : 135 KG
Berat Terkini : 85 KG
Bekas peserta JK1M 5, 6, 8 Shah Alam 2 & Pembantu TL Shah Alam 2 : JK1M 9
Asalnya individu yang mempunyai masalah kesihatan yang membimbangkan sebelum menyertai JK1M 5
Sehingga kini aktif dengan pelbagai aktiviti secara kumpulan mahupun sendirian agar mengekalkan momentum dan menjamin kesihatan yang lebih terjamin.

NURSHAFIQAH SAMIAN
Berat Asal : 96 KG
Berat Terkini : 61 KG
Bekas JUARA wanita JK1M 5 Shah Alam 2 dan Pembantu TL Shah Alam 2  JK1M 9
Fokus ke arah keseimbangan kesihatan dan penampilan agar setiap individu mencuba sesuatu yang baru.
Dahulunya seorang yang tiada keyakinan dan kini telah keluar daripada zon selesa selepas memperolehi berat badan ideal.

MUHAMMAD AMZAR MOHD YAHYA
Berat Asal : 72 KG
Berat Terkini : 67.6 KG
Bekas peserta JK1M 6, 8 SHAH ALAM 2 dan Pembantu TL Shah Alam 2 JK1M 9
Seorang yang tidak mempunyai masalah obesiti tetapi menyertai JK1M kerana ingin meningkatkan fitness level dan mencari kawan beraktiviti .
Mementingkan tagline ” WE SUPPORT WE UNITE”

ANTARA KEJAYAAN KAMI:

JK1M MUSIM 4
Jumlah peserta : 60 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 400 kg
Kejayaan : Juara kebangsaan kategori keluarga, 5 orang peserta TOP 50 kebangsaan

JK1M MUSIM 5
Jumlah peserta : 85 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 500 kg
Kejayaan : 2 orang peserta TOP 50 kebangsaan

JK1M MUSIM 6
Jumlah peserta : 110 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 500 kg
Kejayaan : Juara kebangsaan kategori pasangan, 4 orang peserta TOP 50 kebangsaan, naib juara pertandingan dodgeball JK1M

JK1M MUSIM 7
Jumlah peserta : 97 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 550 kg
Kejayaan : Juara kebangsaan kategori lelaki ( penurunan 25% ), Naib juara kebangsaan kategori wanita ( penurunan 17.3% ), tempat ketiga kebangsaan kategori wanita ( penurunan 15.7% ) 5 orang peserta TOP 50 kebangsaan.

JK1M MUSIM 8
Jumlah peserta : 99 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 500 kg
Kejayaan : Juara lelaki kawasan menurunkan berat sebanyak 19.2 kg ( 22.5%) dan berjaya ke peringkat kebangsaan. Sukan Ohlimpik: Bola Jaring (Emas) Badminton Beregu Campuran (Perak), Dodgeball (Gangsa)

JK1M MUSIM 9
Jumlah peserta : 50 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 300 kg
Kejayaan : Juara lelaki kawasan menurunkan berat sebanyak 18.9 kg ( 19.05%) dan juara wanita menurunkan sebanyak 13.7 kg (13.87%) dan seterusnya berjaya menjadi juara wanita kebangsaan kategori berat atas 90 kg dan membawa pulang hadiah tunai RM 1,500.00.

Sukan Ohlimpik: Badminton Perseorangan Lelaki (Emas) Badminton Beregu Lelaki (Perak), Chess (Perak),  Bola Baling Lelaki (Gangsa)

KEKUATAN UTAMA KAMI

-Seorang Team Leader yang akan dibantu oleh 5 orang bekas peserta yang telah berjaya.

– Top sales JK1M seluruh Malaysia 4 musim berturut – turut

– Support group yang kuat dari alumni peserta.

– Pelan pemakanan yang lengkap dan menarik

– 4 kali aktiviti seminggu ( Sabtu, Ahad, Rabu dan Jumaat)

– Variasi aktiviti yang mantap dan menarik.

– Homework yang berkesan

– Pemantauan perjalanan peserta setiap minggu.

Ayuh sertai keluarga #shahalamfighter melalui program JK1M10. Anda boleh mengikuti segala portfolio aktiviti musim-musim yang lepas di Instagram #shahalamfighter #teamshahalam2 #teamshukrinadra #fighterunited  atau ikuti kami di Instagram @kakibuddiesfitness @sayasyukri

Q Lokasi, Masa dan Kekerapan Aktiviti?

LOKASI : Sekitar seksyen 7, 8, Tasik Shah Alam dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam

HARI DAN MASA AKTIVITI

4 Kali Seminggu - Sabtu & Ahad (7.30 am - 10 am) Rabu & Jumaat ( 9 pm - 11 pm)

Q Anda keseorangan dan seorang wanita?

Musim ini Team Leader Aain Nadra ada untuk membantu anda. Usah risau dan kuatir kerana anda akan berjumpa rakan seperjuangan yang baru dan mungkin akan menjadi kawan baik anda selepas ini.

Q Anda mempunyai kecederaan dan tidak mampu untuk bersenam?

Rule of thumb untuk menurunkan berat adalah - 60% pemakanan, 30% senaman, 10% lifestyle dan 110 diri sendiri. Anda akan diajar untuk mempelajari 'pemakanan yang berkualiti' mengikut keperluan badan. Bagi tujuan aktiviti fizikal, anda dinasihatkan untuk mendapat rujukan pakar (doktor) terlebih dahulu.

Q Bagaimana saya ingin melihat aktiviti musim-musim terdahulu?

Anda boleh melihat semua gambar dan video dengan follow official Instagram kami di @kakibuddiesfitness ataupun hashtag #shahalamfighter #teamshahalam2 #fighterunited

Q Kenapa anda patut memilih kami?

Kami menawarkan:
1) 4 kali aktiviti seminggu
2) Meal plan yang lengkap dan menarik
3) Family support yang kuat
4) Aktiviti yang pelbagai dan seronok
5) Sejarah team yang kuat dengan sokongan dan dorongan

Q Bagaimana untuk menyertai kami?

Anda boleh hubungi Shukri di 011-28175445 atau Aain Nadra di 014-8029896

2 Reviews for Shukri & Aain Nadra

yaya.yusof2745

1 Reviews

The activities were awesome

5/ 5

Hi peeps, Saya peserta JK1M9 dan berjaya turun sebanyak 13.7kg dan total turun pada minggu ke 10 adalah 22kg. Nak kurus mesti kena banyak pengorbanan lagi lagi part meal plan,alhamdulillah it works selain melakukan senaman berkala. Paling best join aktiviti bersama team coach syukri,senang cakap tak pernah tak bestlah. Tambahan,selain mengurangkan berat badan paling best adalah fitness. Honestly saya cakap bila berat kita cepat mengah dan penat,sekarang alhamdulillah kurang dah mengah. Thanks everyone who keeps supporting me. Jangan lupa join jk1m10 bersama kami. Anda usaha lebih,lebih banyak berat turun.

Was this review ...?

Jelita

1 Reviews

The Best Coach

5/ 5

Saya bekas peserta JK1M5 dan JK1M6 di bawah kawasan JK1M Shah Alam 2. Saya juga menyambung program yang dianjurkan oleh Coach Shukri dalam Program Fat Fobia. Sepanjang journey saya selama 5 bulan dengan Coach Shukri, saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg . Selain dapat menurunkan berat badan, saya juga dapat menikmati aktiviti-aktiviti yang sangat best yang belum pernah saya rasai sebelum ini. Terima kasih coach diatas ilmu yang dicurahkan dan tunjuk ajar sepanjang bersama dengan coach. Jika tidak kerana didikan coach selama ini, saya mungkin tidak menjadi seperti hari ini.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:FITNESS ENDURANCE
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:PANTRY & FRIDGE MAKE OVER
  • Activity Minggu 1:KICK OFF DAY & FITNESS INPUT
  • Aktiviti Minggu 5:BUKIT SAPU TANGAN ADVENTURES
  • Aktiviti Minggu 3:RUNNING TO THE FINISHING LINE
  • Additional Program Notes:FIND THE FIGHTER IN YOU!!!
  • Aktiviti Minggu 6:OHLIMPIK & FINAL OUTPUT