Assalammualaikum & Selamat sejahtera!

My name is Rudy aka Weskono merupakan anak jati Kluang telah dilantik sebagai Team Leader untuk kawasan Kluang.

Ini pengalaman saya kali ke-2 diberi kepercayaan oleh Kevin Zahri untuk JK1M10 bagi merealisasikan impian orang ramai untuk kekal sihat & cergas!  

Dalam tempoh 6 minggu, InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman saya selama menceburi bidang kecergasan ini untuk semua.  Saya juga berpengalaman dalam bidang Gym Insturctor selama 6 tahun & merupakan part time Trainer di Perfect U Gymnasium, Kluang.

Antara latihan yang akan diterapkan seperti  :

Flexibility, Fitness Test, Curcuit Training, Tabata, Weight Lifthing, Cone drill exersice, Explosive dan banyak lagi.

Menitikberatkan dalam setiap pergerakan semasa senaman.  Bagaimana untuk menguatkan lutut, latihan otot perut, buang lemak tepi pinggang, lemak bawah lengan, membentuk posture body yang baik, meningkatkan Stamina.  Penekanan juga tentang latihan jenis Kompaun, Isolation & pengunaan mesin-mesin terutama bila berada di Gym.

Siapa yang perlu lebih tumpuan untuk latihan kompaun? siapa pula yang patut fokus pada latihan jenis Isolasi?  Semua tips akan dikongsikan.

Latihan akan diberi mengikut sasaran kita, latihan untuk turun berat badan, latihan untuk kekuatan, latihan untuk kepantasan, latihan endurence, merupakan perkara yang berbeza-beza.

Dalam pemakanan pula, kesesuaian waktu untuk mengambil karbohidrat, kelebihan minuman kefien, kelebihan buah2an, kepentingan Karbohidrat selepas bersenam, kepentingan Sport Drink selepas senaman.  Selain itu,  penekanan perbezaan Senaman dan Sukan, cara atasi dan mengawal darah tinggi dengan senaman yang sesuai & banyak lagi!

“1 Minggu turun 1kg”, ini adalah cabaran saya kepada peserta.  Fokus dan disiplin adalah kunci segala-galanya!  Tiada yang mustahil, kita cuma perlu berlawan dengan diri kita sendiri.  Bermula atau masih tangguh?

Q Hari ape program dijalankan?

Jumaat, sabtu & ahad. Pagi jam 7.30 di Tasik Kluang, Tertakluk kepada perubahan bersama peserta.

Q Berapa lama masa diambil untuk setiap sesi?

Memadai 45 minit-1 jam

Q Saya mempunyai penyakit darah tinggi, boleh join?

Boleh, latihan akan diberi mengikut tahap kesihatan peserta

Q Hujung minggu tidak dapat hadir latihan, macam mane??

Tak perlu risau pasal masa, xperlu risau pasal terlepas modul latihan. Weekdays juga boleh adakan sesi latihan. (tertakluk perbincangan)

Senang cerita, seminggu boleh cecah 5-6 kali latihan!

Q Latihan Outdoor atau Indoor?

Lebih fokus Outdoor, tapi mungkin jg ade latihan di Gymnasium (indoor), tapi ade bayaran tambahan RM5 sekali masuk. Yuran RM250 tidak termasuk kos masuk Gym

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250.00

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Weight Lifting
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Fitness Test & Flexibility
  • Activity Minggu 1:Nutrition & Diet Plan
  • Aktiviti Minggu 5:Tabata
  • Aktiviti Minggu 3:Curcuit Training
  • Additional Program Notes:Explosive Excersice, Cone Drill Exersice
  • Aktiviti Minggu 6:Fitness Test