Assalamualaikum.. SALAM SEJAHTERA. saya Noorzariah Yusof atau panggil sahaja za teamleader anda iaitu di kawasan Jeli Kelantan.

Berjumpa lagi kita kali ini di Cabaran Jom kurus musim 10. Alhamdulillah secara sepenuhnya pada musim 9 za kali pertamanya menjadi teamleader untuk Program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia yang mana dahulunya diperkenalkan oleh Mr Fitness Malaysia iaitu Kevin Zahri. Apa yang menariknya dengan program JK1M ni? pasti ramai tertanya-tanya. Bila sebut je perkataan KURUS pasti ramai yang gerun dan memikirkan ianya adalah susah untuk di capai apabila berat badan sudah terlalu berada di zon selesa bagi mereka  walaupun ianya patut diubah secara sihat. Program mengetengahkan gaya hidup sihat dan bakal menyaksikan para peserta menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan dalam masa 60 hari dan bermatlamat untuk mendidik serta memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Cabaran Jom kurus ini berlansung selama 60 Hari dan untuk kawasan Jeli Kelantan  penyertaan dibuka hanya kepada golongan wanita sahaja. Cabaran ini juga akan berjalan bermula daripada 27 Januari  2018 sehingga 10 Mac 2018. Kenapa saya memilih wanita sahaja? KERANA Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 mendapati seramai 33.3 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas berada dalam kategori praobes manakala 27.2 peratus adalah obes. Dan kebanyakannya adalah di kalangan wanita . Menurut WHO Pesakit obesiti dalam kalangan wanita adalah 22.5 peratus manakala lelaki 14.1 peratus. Wanita dikatakan lebih cenderung mendapat obesiti disebabkan hormon dan gaya hidup yang sedentari (individu yang banyak melakukan kerja sambil duduk).Risiko mendapat obesiti juga boleh terjadi dalam kalangan sesetengah wanita disebabkan kehamilan. Namun, secara umum salah satu punca utama masalah obesiti adalah amalan diet pemakanan yang tidak sihat tanpa mengira jantina. Ini termasuk pengambilan makanan secara berlebihan dan hidangan yang tinggi lemak serta gula, melebihi daripada jumlah diperlukan setiap hari.DAN KENAPA LAGI SAYA MEMILIH PESERTA WANITA. ini kerana wanita sinonim dengan sifat pemalu untuk mononjolkan diri dikhalayak ramai lebih- lebih lagi hal berkaitan berat badan. Di dalam Program JK1m ini ajaran pemakanan dan gaya hidup adalah berdasarkan gaya hidup di Malaysia. Anda tak perlu pemakanan yang luar biasa untuk kurangkan berat badan. Sejak 2014, lebih 25,000 peserta seluruh Malaysia telah mengambil bahagian. Setiap musim dalam 3000-4000 peserta mengambil bahagian. Setiap peserta akan lalui 6 minggu dengan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk mereka yang baru ingin mula kurangkan berat badan. dan yang menarik lagi 11.6kg adalah penurunan berat badan purata bagi pemenang-pemenang kawasan Cabaran Jom Kurus 6 minggu sejak 2014.

Antara LATIHAN yang penuh mencabar untuk team Za atau tagline nya #teamkurusza #keepslimfitandhealthy ialah:

  • Bodyweight training
  • Tabata/Weight Training
  • Cardio training / Aerobic / Zumba
  • Hiking
  • Weight Training
  • Bimbingan penyediaan makanan sihat secara berkala
  • Bimbingan dalam Group support yang positif
  • Fun exercises

Nak tau lebih lanjut cepat-cepat KLIK icon tulisan ‘BOOK NOW’!
10 PESERTA PERTAMA BAKAL MENDAPAT DISKAUN 10%, MANA TAHU ANDA ANTARA YANG TERAWAL?? makan lepat kejar tikus SIAPA CEPAT DIA KURUS!

KONGSIKAN maklumat ini kepada semua orang dan JOM KURUS SECARA SIHAT di Jeli

saya selaku teameader kawasan Jeli akan tranform anda dengan cara hidup sihat  arah yang lebih aktif. Kurus cantik dan sihat adalah BONUS bagi seorang wanita untuk tampil lebih yakin.
Nak kurus meh follow team Za. #teamKurusZa. jangan Lambat…….

Q Berapa Lama program ini berjalan?

Program ini berjalan selama 6 minggu sahaja

Q Apa aktiviti yang di jalan kan sepanjang 6 minggu bersaa team Zaa?

Pelbagai Variasi senaman akan kita lakukan bersama-sama bagi menjayakan misi kita kurus sihat dan cantik

Q Apa lagi keistimewaan untuk join Team Jeli

Ye , saya sebagai team leader anda akan memantau gerak geri makan anda dan saya kan ajar anda untuk mengathui pegambilan kalori yang patut anda ambil sehari

Q Adakah akan berjaya ?

Ya, saya akan pastikan peserta yang terlibat akan berjaya dan mencapai misi

Q Di manakah aktiviti ini di jalankan?

Aktivi variasi senaman akan di adakan di Padang terbuka dan deean tertutup seitar Jeli

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM280

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk bekas peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEPANJANG PROGRAM JK1M MUSIM 9 DI KAWASAN JELI KHUSUSNYA.
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:RUN
  • Aktiviti Minggu 5:HIKING
  • Aktiviti Minggu 4:AEROBIC
  • Aktiviti Minggu 3: TYRE TRANING
  • Aktiviti Minggu 2: TABATA TRAINING
  • Activity Minggu 1:INTRODUCTION TO JK1M MUSIM 10